Bab 42: Ketawa

1.4K 157 3
                                    

"Leya, lain kali, kalau nak brek kereta jangan mengejut macam tu" kata Ezlan sebaik sahaja dia keluar dari kereta.

Aleya memandangnya geram sambil menghempaskan pintu pemandu, "kita sampai juga kan"

"nasib baik" balas Ezlan tanpa memandang Aleya. Dia berjalan pergi ke arah Fuad.

Aleya mengetap bibirnya. Hani hanya menepuk bahunya sambil tergelak kecil.

"aku rasa betul, ni lah apartment yang sama dalam gambar" kata Fuad sambil melihat silih berganti antara gambar dan juga bangunan yang ada di depan matanya. Pintu pagar besar di hadapan dirantai rapi bersama mangga. Terdapat juga tanda amaran 'Dilarang Masuk'.

"banyak juga blok" kata Ezlan, risau mereka tidak dapat mencari Adan di tempat sebesar ini.

"so, kita berpecah?" cadang Aleya. Dia menghulurkan telefon bimbit jenis lipat model lama milik salah seorang lelaki tadi kepada Ezlan.

"kau ikut aku. Fuad, kau pergi dengan Hani dan Zana" balas Ezlan tanpa mengambil telefon bimbit yang dihulurkan Aleya.

Fuad hanya mengangguk.

"tak-tak, aku ikut Fuad" bantah Aleya.

"suka hati kau lah" balas Ezlan lalu mengambil telefon bimbit daripada tangan Aleya dengan kasar.

"diorang dah mula dah..." kata Zana perlahan.

"couple fight" Fuad berkata tanpa menggerakkan mulutnya. Cukup didengari Hani dan Zana sahaja.

"Hani, apa kelemahan dubuk?" soal Ezlan.

Hani memandang ke arah bangunan, cuba untuk berfikir, "saya rasa tak ada"

"yang aku tahu, dubuk ni akan serang orang atau haiwan yang lagi lemah, cedera atau tak ada senjata. Dubuk bukan jenis yang suka bersusah payah" jawab Fuad.

"kita ada pistol" kata Zana.

"peluru pistol boleh habis" balas Ezlan.

"tapi kita tak ada pilihan" kata Aleya pula.

🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Suasana senja menambahkan keseraman ketika melalui setiap celah blok-blok di The Nest Apartment. Malah burung-burung pun tidak berterbangan di kawasan ini seolah-olah tahu akan haiwan pemangsa yang mendiami.

Ezlan dan Hani berjalan masuk ke blok A, blok paling terdekat. Zana juga duduk di bahagian belakang beg Hani, memastikan tiada apa-apa yang akan menyerang mereka dari belakang.

Mereka berjalan menaiki anak tangga untuk ke tingkat yang paling atas, tingkat lima. Tentulah, strategi yang paling berkesan adalah melihat dari tingkat yang paling tinggi.

"tiba-tiba aku terfikir" kata Zana.

"apa yang awak terfikir?" soal Hani yang masih menaiki tangga. Ketika itu mereka baru berada di tingkat tiga.

"kenapa kita tak lari dan balik je? Kenapa kita kena datang sini? Kita boleh minta polis selamatkan Adan" soal Zana.

Langkah Ezlan terhenti. Dia berpatah balik untuk memandang Zana, "Takkan sempat kalau kita pergi balai polis. Kau nak Adan mati sebab kita?"

Zana mencebik, "salah dia juga"

"Zana, sebab kau, aku buat keputusan untuk ubah masa depan. Aku dah tengok macam mana kau menyesal gila sebab tinggalkan diorang" kata Ezlan.

"yelah-yelah" balas Zana tanpa memandang wajah Ezlan.

"Ezlan, awak tak rasa ke apartment ni pelik" tiba-tiba Hani berkata.

"pelik?"

"apartment ni macam... terlalu bersih. Tak macam dalam gambar" jawab Hani sambil melihat sekeliling. Keadaan dinding dan lantai masih normal, tanpa tumbuhan meliar.

Ezlan melihat besi pemegang tangga, dia menyentuh seketika, "tak ada karat langsung"

"padahal apartment ni dah tutup lebih 20 tahun dulu...." tambah Hani.

kekekekeke...

Mereka semua terdiam seperti patung. Hanya bola mata sahaja yang bergerak memandang satu sama lain.

"apa..."

Hani meletakkan jari telunjuknya pada mulut. Matanya membulat memberi amaran supaya Ezlan tidak berkata apa-apa.

Ezlan merapatkan dirinya ke dinding. Dia mendongak untuk melihat ke arah tingkat atas.

"itu bunyi dubuk ketawa..." bisik Hani, mula menggigil.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Aleya dan Fuad masuk ke salah satu unit rumah di tingkat 5 blok B. Mereka terus menuju ke balkoni yang menghadap blok-blok lain.

Aleya memandang ke arah langit. Suasana jingga disebabkan matahari mula terbenam membuatkan dia tenang buat sementara.

"kalau hari gelap lagi susah kita nak cari Adan" Fuad bimbang.

Aleya menoleh melihat Fuad, "kenapa kita tak telefon polis je? kita kan ada telefon"

"betul juga kan" kata Fuad, bersetuju dan berasa bodoh.

Aleya mengeluarkan telefon bimbit lipat milik salah seorang lelaki yang mereka tembak tadi. Terkial-kial dia cuba mencari bagaimana mahu menggunakannya.

"aku tak pernah tengok telefon model ni" kata Fuad.

"aku rasa ni model lama. Tengoklah, nombor pun still pakai butang" balas Aleya. Telefon bimbit yang paling lama yang pernah dia guna hanyalah Nokia 3310. Telefon yang bila baling ke dinding, dinding yang pecah.

"Motorola StarTac... ini macam model 20 tahun lepas. Ada jual lagi ke sekarang?" soal Fuad.

Aleya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. Dia mula mendail nombor 999. Namun, malangnya tidak berhasil.

"pelik, padahal aku cuba call telefon yang Ezlan pegang tadi boleh je" kata Fuad.

Aleya berputus asa. Dia menyimpan kembali telefon tersebut ke dalam poketnya.

"aku rasa kita kena cari Adan kat tempat lain..."

Tiba-tiba Aleya menarik lengan Fuad untuk tunduk secara paksa. Mereka terbaring meniarap namun mata Aleya kekal melihat ke arah tingkat bawah.

"kenapa?" Fuad separa berbisik.

"tu..." Aleya memuncungkan mulutnya.

Fuad melihat ke arah yang ditunjukkan Aleya. Walaupun secara sorok-sorok, dia dapat melihat dengan jelas empat ekor dubuk bertompok yang berlari laju menuju ke arah di sebelah kanan. Pada masa yang sama mereka mengeluarkan bunyi menyeramkan.

"laughing hyena" kata Fuad.

"apa?" soal Aleya, tidak faham.

"dubuk jenis bertompok macam tu dikenali sebagai laughing hyena. Diorang akan ketawa bila teruja nak menyerang" terang Fuad.

Aleya menelan air liurnya, "jadi, dubuk-dubuk tu nak serang siapa?"

Fuad melihat ke bawah sekali lagi, "dubuk tu pergi ke arah blok C. Ezlan, Hani dan Zana kat blok A"

"Aku rasa Adan ada kat blok C" kata Aleya.

"Kau call Ezlan, bagitahu dia yang kita pergi blok C" arah Fuad.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now