Bab 45: Seperti Dubuk Betina

1.3K 175 13
                                    

"apa... apa maksud kau?" soal Ezlan sekali lagi kepada Adan.

"sebaik je korang keluar dari bilik tu, korang dah masuk dalam tahun 1996" kata Adan.

"macam mana kau tahu kita dah kat tahun 1996?" soal Fuad masih lagi tidak dapat percaya.

Adan mengeluh, pada masa yang sama dia mengeluarkan telefon lipat lama yang mereka ambil, "tengok tarikh kat phone ni"

Ezlan menyambut telefon lipat itu. Dia membuka dan melihat dengan teliti tarikh yang terpapar. Hani turut membuat perkara yang sama dengan menggunakan telefon lipat yang dipegangnya.

'19 April 1996 - Jumaat'

"sebelum aku datang sini, aku dah tahu aku akan pergi ke masa lalu. Kalau korang perasan, dalam arahan misi kat fail oren tu, ada nombor kes. Nombor kes tu sebenarnya adalah tarikh" terang Adan.

"kenapa kau tak bagitahu kitorang awal-awal?" soal Fuad bengang.

"aku tak tahu pula korang nak datang sini!" Adan memberi alasan.

"apa motif Jerry sebenarnya?" soal Aleya setelah lama mendiamkan diri.

"mungkin kes ni tak pernah selesai. Sebab tu Jerry arahkan aku untuk datang sini" jawab Adan. Apabila dia sedar yang dia harus kembali ke masa lalu, dia tahu bahawa misi ini akan menjadi sukar.

"tapi, Jerry mampu buat semua ni? Rentas masa?" soal Fuad pula.

Adan mengangguk.

"okay, kita dah tahu lokasi penculik tu. Cuma masalahnya, ada banyak dubuk kat luar tu" kata Ezlan.

"macam ni, apa kata Ezlan, Fuad dan Adan pergi blok D tu. Korang pergi cari penculik tu" cadang Aleya. Dia mula berdiri.

"habis tu, korang?" soal Ezlan sambil memandang Aleya, Hani dan Zana.

"biar kitorang yang uruskan dubuk-dubuk tu" jawab Aleya. Wajahnya tiada lagi gentar seperti tadi.

Adan ketawa sinis, "korang nak lawan dubuk-dubuk tu?"

Aleya duduk mencangkung di hadapan Adan. Dia menekan lengan kiri Adan yang berbalut.

Adan menjerit kesakitan, "ah! kau dah kenapa?!"

Aleya berhenti menekan apabila Adan menjauhi dirinya. Dia tersenyum, "antara kita berenam, yang paling sihat adalah aku, Hani dan Zana"

"aku setuju dengan Aleya" kata Zana tiba-tiba. Semua memandangnya, "lagipun, untuk lawan dubuk-dubuk tu, kebolehan kitorang yang paling berguna"

Aleya tersenyum ke arah Zana kerana menyokongnya.

"aku rasa diorang ni dah ikut perangai dubuk betina juga" bisik Fuad kepada Ezlan.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

"kau sure kau tak nak pistol ni?" soal Fuad buat kali ke entah berapa puluh kali.

Aleya mengangguk dan tersenyum, "kitorang okay. Korang yang lagi perlukan pistol ni"

"jom, Fuad" Ezlan menepuk lembut bahu Fuad. Sempat dia memerhatikan Aleya. 

Aleya hanya tersenyum nipis, memberi isyarat kepada Ezlan supaya tidak terlalu risau.

Ezlan, Fuad dan Adan berlalu pergi menuju ke blok D. Suasana malam yang gelap membuatkan bayang mereka hilang dalam sekelip mata.

"aku pergi bilik tong sampah tu sekarang" kata Zana. 

"okay, hati-hati tau" balas Aleya.

Lantas Zana melompat dari poket beg Hani dan berlari laju, persis lipas kudung.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now