Bab 18: Lelaki Perigi

1.8K 205 2
                                    

"korang dengar tak?" bisik Ezlan. Tangannya masih kaku sambil memegang kayu yang dimasukkannya ke dalam lubang perigi.

"dengar.. " balas Fuad dengan wajah cuak. Mereka semua memandang suspen ke arah perigi lama itu.

"aku rasa sekarang ni masanya untuk lari lagi" kata Adan pula. Dia sudah melangkah beberapa tapak ke belakang.

"saya takut..." Hani memegang lengan kanan Aleya. Aleya juga bersiap sedia memakai beg galasnya, untuk sebarang kemungkinan.

"tunggu apa lagi? jom lah blah..." desak Adan.

"kita tak nak check dulu ke?" soal Fuad.

"nak check apa kejadahnya...."

"APA HAJAT TUAN HAMBA DATANG KE MARI?"

Tiba-tiba terpancul kepala seorang lelaki daripada dalam perigi. Ezlan yang terkejut terus melepaskan kayu yang dipegangnya dan tersadung ke belakang. Aleya dan Hani berdiri kaku, tergamam sehinggakan tidak tahu apa yang patut dilakukankan. Hani sudah memeluk Aleya sambil menjerit, tidak mahu memandang ke arah lelaki di perigi itu. Fuad tidak mampu membuat apa-apa disebabkan kakinya yang tercedera. Adan pula sudah membuka langkah dengan lari ke arah belakang, namun anehnya, pokok-pokok di situ seperti menghalangnya. Mereka sudah terperangkap.

Lelaki tidak berbaju itu keluar daripada perut perigi. Dia hanya memakai kain sarong paras betis, sehingga menampakkan badannya yang berotot. Wajahnya berkulit sawo matang dan berjambang. Seluruh badan termasuk rambutnya yang panjang sehingga ke paras bahu itu basah lenjun.

"Berani tuan hamba mengambil air di perigi hamba?!" lelaki itu melihat mereka dengan pandangan yang tajam sambil berdiri di atas perigi. Kakinya kelihatan comot. Entah bagaimana lelaki itu boleh berada di dalam perigi yang dalam tersebut, dan bagaimana dia boleh naik ke atas.

Ezlan menelan air liurnya sebelum berkata, "kami... kami minta maaf. Kami cuma... kami dahaga"

"jadi tuan hamba menimba air perigi tanpa meminta izin?" lelaki itu merenung Ezlan. Kemudian matanya beralih ke arah Adan yang berada di belakang, "dan berani tuan hamba cuba lari?!"

Adan terkedu. Matanya terkebil-kebil cuba mencari alasan, "err..."

"siapa... kau?" akhirnya Fuad menanyakan soalan yang paling berani pada saat itu.

"siapa pula tuan hamba semua? Sewenang-wenangnya menceroboh perigi hamba!" lelaki itu kelihatan marah. Dia menggunakan bahasa melayu klasik yang kedengaran baku.

"kami tak tahu yang perigi ni bertuan" Fuad memberi alasan.

"kami tersesat. Err... encik boleh bantu kami?" soal Aleya. Hani masih lagi memeluk lengannya.

"bantu? Tuan hamba semua sudah menceroboh perigi hamba, bagaimana hamba mahu membantu tuan hamba?"

"jadi, apa yang... encik err... tuan hamba nak dari kami?" tanya Ezlan dengan berhati-hati.

Kemudian lelaki itu tersenyum sinis. Dia duduk bersila di atas periginya seperti gaya orang bersilat, "hamba berasal dari zaman abad ke-16, tuan hamba sudah lakukan kesalahan terhadap orang yang lebih tua, jadi tuan hamba sekalian harus melaksanakan hasrat hamba"

Mereka terdiam dan memandang sesama sendiri. Abad ke-16 adalah beratus-ratus tahun dahulu dan sewaktu kedatagan Islam ke Tanah Melayu. Tetapi, rupa fizikal lelaki aneh ini tidak tua berkerepot atau dimamah usia dimakan anai-anai. Sejenis jin kah dia? Dalam cerita Aladin, jin yang tunaikan hasrat si Aladin. Kini terbalik pula. Sekejap, lelaki ini bukannya jin. Jadi, penunggu?

"maaf, tapi kami bukan di posisi yang bagus untuk laksanakan hasrat sesiapa..."

"apa hasrat tuan hamba?" sampuk Ezlan yang mematikan kata-kata Aleya.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now