Bab 46: Manusia Lemah

1.3K 173 3
                                    

'manusia lemah tempatnya memang di tong sampah'

'lihat wajah ketakutan itu'

'dia faham bahasa kita, tetapi dia masih manusia bodoh'

"kau lagi teruk, cuma memilih untuk serang yang lebih lemah" kata Hani tiba-tiba.

Aleya memandangnya terkejut. Sangat kekok apabila Hani mula berkomunikasi.

'jadi kenapa kau datang ke sini, wahai manusia bodoh?'

"kami di sini bukan nak membuat kacau. Kami cuma mahu mencari barang"

'mencari barang? seperti orang-orang yang datang tempoh hari?'

"siapa yang datang sini?" soal Hani.

'adalah... cuma orang bodoh seperti kau'

"jadi, lepaskan kami. Kami akan pergi selepas ini"

'manusia... memungkari janji itu seperti hobi. Masa hadapan dan masa lalu sama sahaja. Manusia tetap manusia'

"macam mana... kau tahu kami dari masa hadapan?"

'meramal itu mudah bagi kami. Manusia juga percaya dengan kami disebabkan mereka bodoh. Malah mereka melayan kami seperti raja, mengharapkan tuah'

"tapi bagi kami, kau hanyalah haiwan biasa, tidak lebih dan tidak kurang" 

Dubuk betina mengilai dengan lebih kuat. Kakinya mula melangkah masuk ke dalam ruang tong sampah. Darahnya menitik pada lantai tetapi tiada rasa kesakitan pada wajahnya. Tiga ekor dubuk yang lain mengikut langkahnya.

Aleya menelan air liurnya. Dia sangat gementar namun sempat melihat ke luar. Dubuk jantan masih kekal merenung mereka tanpa mengekori dubuk-dubuk yang lain, "seekor dubuk lain tak masuk pun..."

'manusia keji!'

Kesemua dubuk menyerang Aleya dan Hani, namun gagal apabila pelindung lutsinar Aleya melindungi mereka. Nafas Aleya naik turun dengan laju, sedaya upaya untuk bertahan. 

'manusia keji, hidup tidak pernah bersyukur, pentingkan diri hingga sanggup melupakan darah daging sendiri'

"diam!" jerit Hani.

Aleya terkejut. Dia melihat wajah Hani yang tertekan. Dia juga dapat melihat pintu besi yang bergerak perlahan untuk menutup ruang itu.

"keluar sekarang!" jerit Zana. Dengan kudratnya yang kecil, dia masih mampu menolak pintu besi itu.

Aleya menarik tangan Hani dan berusaha untuk bergerak keluar. Dia sendiri dalam keadaan lemah, tetapi malangnya Hani tidak memberikan kerjasama.

'ibu kau sendiri menyesal melahirkan kau, tidak malukah?'

"diam!!!" Hani melepaskan pegangannya dari tangan Aleya. Dia jatuh terduduk sambil kedua-dua tangan menutup telinganya.

"Hani!" Aleya cuba mendapatkan Hani namun tidak sempat apabila kesemua dubuk sudah menyerang Hani.

Semakin rancak dubuk-dubuk ketawa. Mereka tidak menghiraukan Aleya, sebaliknya tertumpu kepada Hani yang tersedia sangat lemah. 

Pada saat ini Aleya menyesal tidak mengambil pistol daripada Fuad.

Tiba-tiba dubuk jantan yang berada di luar sebentar tadi masuk kedalam dan terus menggigit dubuk betina yang menggila. Dubuk-dubuk lain beralih tumpuan dan mula menyerang dubuk jantan pula. Lantai ruang tong sampah mula dipenuhi dengan darah. Bau hamis sampah sarap juga bertukar pada bau hanyir.

"keluar, cepat!" jerit Zana lagi. Pintu besi juga hampir sahaja ditutupnya, cukup-cukup memberi ruang untuk Aleya dan Hani untuk keluar.

"Hani, jom!" Aleya menarik tangan Hani secara paksa.

Hani yang masih lemah mengikut sahaja Aleya, namun matanya masih memerhatikan dubuk jantan yang masih cuba untuk melawan.

Hilaian tawa dubuk jantan itu kedengaran sayu.

'aku, dubuk jantan, dilahirkan untuk menjadi hamba, disisihkan pasangan dan anak sendiri. Aku tidak menyesal, terima kasih akhirnya aku dapat melawan walaupun di saat akhir'


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Ezlan, Adan dan Fuad tiba di bumbung blok D. Mereka termengah-mengah apabila terpaksa mendaki tangga sebanyak enam tingkat.

Mereka hanya melihat tangki air yang kosong dan beberapa kerusi kayu yang berserakan. Tiada apa-apa di sini selain kesepian.

Ezlan mendongak ke langit. Bulan terasa lebih dekat di atas bumbung ini. Cahayanya masih sama terang walaupun kini mereka berada pada masa lalu.

"memang ada orang lain kat sini" kata Adan apabila melihat beberapa puntung rokok yang sudah digunakan di lantai.

"tapi, mana dia?" soal Fuad.

"dia akan datang sini. Ni tempat tinggal dia" jawab Adan.

"mana kau tahu?"

"ni je tempat yang paling selamat untuk berlindung dari dubuk-dubuk tu" balas Adan.

"Adan, apa plan kau bila jumpa penculik tu? Aku tak expect kita cuma tanya kat mana duit tebusan tu" soal Ezlan.

Adan mengangguk, "itulah plan aku"

Ezlan tergelak sinis, "kau ingat dia nak bagitahu ke?"

"habis tu, kau nak tembak dia?" soal Adan sambil melihat pistol yang berada pada tangan Fuad.

"bukan... maksud aku, takkan semudah tu? habis tu, kenapa susah payah Jerry hantar kau kat sini?" 

"sebenarnya, aku tak berminat nak dapatkan duit tebusan tu"

"habis tu?"

"aku nak tahu siapa penculik tu. Kenapa Jerry yang hebat tu tak dapat tangkap dia selama 20 tahun" kata Adan.




Enam TerpilihWhere stories live. Discover now