Bab 32: Tasik

1.4K 169 7
                                    

Aleya mendongakkan kepalanya, melihat matahari yang semakin terbenam. Hanya cahaya jingga merah yang menerangi hutan misteri ini. Sudah sepanjang hari mereka berjalan, namun tiada tasik mahupun apa-apa yang boleh memberikan mereka harapan. Air dalam badan sudah berkurangan dan mereka juga semakin letih.

"aku rasa kita patut cari tempat untuk berehat. Hari pun dah nak malam" cadang Fuad. 

"kita jalan lagi dalam sejam, then kita berhenti" kata Ezlan. Dia sahaja yang mempunyai tenaga ketika ini. Mahu tidak mahu, yang lain pun harus ikut.

"aku rasa aku macam nampak something kat depan tu" kata Aleya, langkahnya terhenti. Dia berjalan melintasi Ezlan.

Semua memandang ke arah pandangan Aleya.

Cahaya pantulan bersinar. Itulah cahaya yang paling terang yang mereka pernah lihat. Bergegas mereka ke arah pantulan cahaya itu, dengan harapan yang sangat tinggi.

Penat lelah mereka akhirnya terbalas. Sebuah tasik yang besar berada di hadapan mereka. Cahaya matahari oren bersinar di atas air seperti mengalu-alukan kedatangan mereka. 

"apa yang ada kat hujung tasik tu?" soal Zana sambil mengecilkan matanya.

"macam pondok" kata Ezlan. 

Jauh di seberang kira-kira 500 meter daripada situ terdapat sebuah pondok kecil. Tiada cahaya dari pondok itu tetapi sekurang-kurangnya mereka tahu terdapat orang lain yang menetap atau pernah menetap di sini.

"macam mana kita nak pergi ke pondok tu?" soal Hani.

"apa kata kita rehat dulu kat sini. Hari dah malam, kita semua pun dah penat" cadang Adan yang sedang duduk di sebatang pokok mati.

"tak boleh. Kita tak boleh buang masa. Kita kena pergi sebelum hari gelap" bantah Ezlan sambil mencekak pinggang.

Adan ketawa kecil tidak percaya.

"tapi Ezlan, aku rasa betul cakap Adan. Kau mungkin tak penat, tapi kitorang semua penat. Lagipun bahaya kalau kita cuba seberang tasik tu masa waktu malam" pujuk Aleya pula.

"betul lah cakap Aleya tu. Kau tak ingat ke apa yang kau nampak dalam mimpi kau tu, Ezlan? Aleya hilang masa kita sampai kat tasik ni" sampuk Zana yang membuatkan mereka semua memandangnya terkejut.

"Aleya akan hilang?" soal Hani gusar.

Ezlan melihat Aleya seakan-akan dia baru sahaja teringat tentang perkara itu. Terasa bodoh kerana dia sepatutnya melindungi Aleya. Dia tahu perkara buruk mungkin akan menimpa Aleya.

"so, thanks to Aleya, finally kita boleh rehat" kata Adan gembira. Dia sudah bersiap sedia untuk berbaring.

"kau tak payah nak baring sangat. Kita kena cari kayu api" kata Fuad, memaksa Adan untuk bangun.

"ah, shit" Adan mengeluh, namun dia bangun juga.

Ezlan memandang Hani dan Zana, "korang tunggu sini dengan Aleya. Biar aku ikut diorang" 

Lalu dia mengekori Adan dan Fuad memasuki hutan yang semakin gelap.

"jangan ingat aku nak jadi bodyguard kau" kata Zana sambil menjeling Aleya.

Aleya berpura-pura tidak mendengar kata-kata Zana. Dia tahu Zana masih marah dengannya disebabkan mimpi ramalan Ezlan. Buat masa ini biarlah dia tidak bercakap dengan Zana sehingga marah Zana reda.

"Aleya, saya pergi kat Zana sekejap eh" kata Hani.

Aleya hanya mengangguk. Jujurnya dia tidak faham mengapa Hani mahu meminta izin darinya.

Perlahan-lahan Hani mendekati Zana yang sedang mengisi air tasik kedalam botol airnya.

Sempat Hani berpaling melihat Aleya yang sedang duduk termenung seorang diri tidak jauh dari situ.

"saya tahu kenapa awak marah sangat dengan Aleya" kata Hani hampir berbisik.

Zana memusingkan penutup botolnya, "kau rasa?"

"sebab Ezlan tiba-tiba tak jadi terima tawaran lelaki perigi tu. Awak rasa Ezlan tak nak tinggalkan Aleya, kan?"

"dia tu bodoh. Sepatutnya sekarang ni kita dah selamat dah"

"tapi masa dalam perjalanan nak keluar tu, kita ada berehat sekejap. Saya nampak Ezlan tertidur"

"jadi?"

"lepas Ezlan terjaga, terus dia tak jadi nak keluar dari hutan ni"

"maksud kau, dia ada dapat ramalan lagi?"

Hani mengangguk.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

"Aleya hilang!" 

Jeritan itu mengejutkan Ezlan yang sedang lena tidur. Dia bangun sambil melihat wajah gusar Hani di hadapannya.

"Aleya hilang!" Hani menjerit sekali lagi. Hampir pekak telinga Ezlan namun itulah yang menyedarkannya.

"ke dia pergi cari makanan?" kata Zana yang masih tidak dapat membuka mata sepenuhnya.

"tak! saya dengar suara dia menjerit" kata Hani sedaya upaya meyakinkan mereka.

"kau dengar suara dia dari arah mana?" soal Fuad.

"saya rasa dari arah tasik" jawab Hani yang membuatkan mereka semua terbangun. Melihat ke arah tasik yang tenang.

"apa kita nak buat, Ezlan?" soal Fuad.

Ezlan mengerutkan dahinya, seperti sedang memikirkan sesuatu. Akhirnya perkara ini benar-benar terjadi. Mimpinya bukanlah mainan tidur, sekali lagi.

"apa kata kita seberang tasik ni guna rakit yang kita buat semalam" cadang Zana. Malam semalam sempat mereka bersama-sama membuat rakit menggunakan kayu buluh. 

"Aleya macam mana?" soal Ezlan. Jujurnya dia tidak dapat memikirkan apa-apa cara untuk mencari Aleya. 

"biar aku cari dia" Fuad menepuk lembut bahu Ezlan.

"dalam tasik ni?" soal Ezlan ragu-ragu.

Fuad mengangguk, "kau jangan risau. Aku akan cari Aleya"

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now