Bab 23: Kecil

1.9K 205 5
                                    


"apa maksud kau yang Aleya dah tahu?" soal Fuad pula. Pada saat itu semua mata memandang Aleya.

"sebab Ezlan yang bagitahu dia" jawab Zana tenang.

Aleya terkejut. Serta merta dia teringatkan kata-kata Ezlan pada petang semalam.

'apa yang aku nampak... badan dia macam lebih kecil. Sangat kecil'

Jadi... benarlah mimpi ramalan Ezlan. Sekali lagi.

Ezlan membalas pandangan Zana. Dia dapat merasakan Zana mengetahui perkara yang tidak sepatutnya. Bagaimana dia boleh tahu? Hanya satu sahaja sebab.

"serius aku tak faham. Macam mana Ezlan boleh tahu pula? Dia pernah nampak kau dalam keadaan macam ni?" soal Fuad keliru.

Zana tersenyum nipis, "entah, aku pun tak tahu macam mana dia boleh tahu"

"jadi sepanjang masa ni kau ada dengan kitorang? Kenapa kau tak pernah munculkan diri kau?" soal Ezlan pula.

"kenapa kau tukar topik?" Zana merenung Ezlan. Walaupun dalam keadaan fizikalnya yang kecil, namun dia tidak berasa gentar.

"kau tahu sesuatu yang kitorang tak tahu ke?" sampuk Adan. Dia memandang Ezlan.

"Zana, mungkin ada salah faham kat sini" Aleya cuba membela Ezlan.

"kau diam! Kau pun sama je"

Aleya terdiam kerana tergamam. Zana ketika sedang marah sangatlah menakutkan, walaupun dalam versi mini.

"aku kecewa dengan kau, Aleya. Aku ingat aku boleh percayakan kau. Tapi, kau sama je dengan Ezlan. Betrayer" sambung Zana sinis.

"boleh explain tak, apa yang Aleya dengan Ezlan dah buat kat kau?" ujar Adan tidak sabar.

"tanya lah dia. Dia tahu semuanya"


  🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤 

Perjalanan untuk mencari buah kesemak yang tertangguh diteruskan lagi. Namun perjalanan kali ini lebih tegang disebabkan pertelingkahan antara Ezlan-Adan, dan Zana-Aleya-Ezlan. Hanya Fuad dan Hani terpaksa terjebak dalam kebingungan kerana tidak tahu apakah punca sebenar Zana begitu marah sekali kepada Aleya dan Ezlan. 

Malah stamina mereka juga agak berkurangan disebabkan sudah digunapakai sewaktu melawan makhluk labah-labah kacukan lipas pada malam tadi. Mungkin benar kata orang cinta itu buta, labah-labah pun boleh jatuh cinta dengan lipas yang menggelikan. 

"Hani, semalam lepas saya pengsan apa yang jadi sebenarnya? Zana yang selamatkan awak?" soal Aleya apabila melihat Zana sudahpun tertidur di poket seluar Hani.

Hani mengangguk, "Zana cucuk mata kawan tu"

"oh, jadi sebab tu benda tu berpusing-pusing sampai awak dengan Ezlan tercampak?"

Hani mengangguk lagi.

"lepas tu, lalapas tu mati ke?"

"Lalapas?" Hani menaikkan sebelah keningnya.

"Labah-labah lipas"

"Oh, masa 'lalapas yang awak sukahati bagi nama' tu masih meracau, Zana munculkan diri dia. Kitorang terkejut gila. Tapi lagi terkejut bila nampak awak dah pengsan. Jadi Ezlan suruh tinggalkan tempat tu"

"oh..."

"awak takut dengan lipas ke labah-labah?" bukan Hani jika tiada soalan cepumas.

"both. Tapi more to lipas. Saya geli gila dengan lipas. ish" Aleya mencebik. Mahu sahaja dia buang memori pada malam tadi.

"Fuad bagitahu saya, lipas ni ni dah wujud sebelum zaman dinosaur lagi tau.  Pastu dia kata lagi, mungkin lipas bakal warisi bumi kalau berlaku perang nuklear antara manusia. Seram kan?"

"ish, apa awak ni. By the way, Zana ada bagitahu tak, macam mana dia boleh macam tu? Maksud saya... jadi kecil macam tu?"

Hani memandang Zana yang masih lena seperti patung Barbie, "dia kata... fizikal dia memang boleh berubah membesar dan mengecil. Tapi, dia tak boleh kawal. Contohnya, sekarang ni dia tak tahu macam mana nak ubahkan fizikal dia kepada normal"

"jadi dia lepaskan diri dia dari pokok Walking Palm tu dengan mengecil?" soal Aleya lagi. Kalau difikirkan, mungkin itu sahaja cara untuk melepaskan diri daripada pokok tersebut. Malah mereka juga mengalami kesukaran untuk mengeluarkan Fuad yang tersepit tempoh hari.

"mungkin. Dia tak cerita banyak. Tapi, kenapa dia marahkan awak dengan Ezlan?"

"kaki awak okay tak?" Aleya mengubah topik dengan muka tebal.

Sejujurnya Aleya tidak tahu sebab sebenar Zana sangat marah, tetapi dia boleh mengagak. Tentu dia telah mendengar perbualan dia dan Ezlan tentang ramalan mimpi Ezlan. Sejauh mana Zana sudah tahu, itu tidak pasti.

"okay, tapi masih bengkak" jawab Hani walaupun sangsi apabila Aleya tidak menjawab soalannya, "tapi Ezlan lebih risaukan awak dari kaki saya tau"

Aleya memandangnya pelik, "kenapa?"

"entah, tapi dia memang risaukan awak bila nampak awak pengsan. Dia yang jaga awak sepanjang pagi tadi"

Aleya terdiam. Dia tahu sikap protektif Ezlan adalah kerana dia telah membuat ramalan bahawa dirinya dalam keadaan bahaya.

Kemalangan bas, betul. Zana masih selamat tetapi sudah berubah fizikal, betul. Dia dalam keadaan bahaya? Mungkin juga betul.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now