Bab 21: Mengetahui Yang Tidak Sepatutnya

1.9K 202 7
                                    

"Ezlan dengan Adan mana?" soal Aleya apabila hanya melihat Fuad sedang terbaring beralaskan beg di tempat berehat mereka.

"memancing" jawab Fuad ringkas.

"memancing?" tanya Hani.

"kat mana?" pintas Aleya pula.

"entah... diorang tak pergi jauh pun"

Kemudian Aleya duduk bersila di sebelah Fuad. Hani juga duduk berehat di tempat berhampiran. Masanya untuk cas tenaga yang sudah hilang.

"kau mandi tak?" soal Aleya sambil mengeluarkan isi di dalam begnya. Manalah tahu jika terdapat barang-barang yang mungkin berguna.

"basuh muka je" kata Fuad.

"eww.. pergilah mandi" Aleya membuat muka kelat.

"dengan kaki aku macam ni?"

Aleya melihat kaki Fuad yang masih berbalut, "oh sorry", kemudian dia berkata, "sakit lagi ke?"

"kurang sikit daripada semalam. Aku harap aku larat nak jalan sendiri nanti. Bukan apa, aku kesian dengan Ezlan tu"

Aleya tidak menjawab apa-apa. Dia juga tahu bagaimana Ezlan memapah Fuad tanpa henti selama enam jam. Enam jam, bukan enam minit. Banyak halangan di dalam perjalanan mereka, tetapi Ezlan tidak pernah mengeluh sewaktu memapah Fuad.

"so, kau kerja programmer?" soal Aleya, sekadar mahu berbual-bual kosong.

"yup" Fuad mengangguk sekali.

"IT lah?"

"habis tu takkan lah pertanian" Fuad merasakan soalan Aleya itu sangat bodoh.

"saje je" Aleya tersengih kambing, "so, programmer ni buat apa? Hacker?"

Fuad mengeluh perlahan.

"kenapa?"

"orang sekarang kononnya celik IT sebab main media sosial 24 jam, tapi sebenarnya masih ramai yang buta IT" kata Fuad sinis.

"kau nak cakap yang aku ni buta IT?" Aleya terasa. Siapa kata dia buta IT? Sekurang-kurangnya dia tahu bagaimana menggunakan email untuk beli barang online, facebook untuk baca gosip, twitter untuk meluahkan keluhan, dan Instagram untuk menunjuk-nunjuk.

"okay fine" Fuad mengeluh buat kali kedua, "Programmer ni buat sistem. Disebalik sistem tu ada melambak-lambak koding yang membolehkan sistem tu berjalan mengikut kehendak pengguna"

"oh, jadi IT ni programmer lah?"

"nope. IT ada banyak bidang. Kau tahu, selalunya orang lain, terutama orang-orang tua akan ingat IT atau komputer sains ni orang yang pasang-pasang komputer benda alah tu. We are not just that"

Aleya mengangguk perlahan. Selama ini dia memang banyak menghabiskan masa dengan segala aplikasi yang boleh dimuat turun di laman web mahupun PlayStore, tetapi dia tidak terfikir bagaimana orang-orang yang celik IT di tahap maksima mampu menghasilkan sesuatu yang berguna seiring dengan kemajuan teknologi. Namun orang-orang sebegini sering dipandang sebelah mata seperti segala sistem itu wujud dengan angin.

Sementara itu, tangan Aleya masih meraba ke dalam beg galasnya. Kemudian dia merasa sesuatu yang ganjil, sesuatu yang bulat seperti bola sebesar bola golf. Dia mengeluarkan objek tersebut. Tangannya mengenggam kemas bola kristal yang diterimanya bersama jemputan misteri. Dia baru teringat akan kewujudan bola kristal ini dan motif dia menaiki bas maut itu.

"apa tu?" soal Fuad.

Dengan pantas Aleya memasukkan kembali bola kristal tersebut ke dalam beg galasnya bersama barang-barang yang lain. Dia tidak mahu bercerita apa-apa tentang jemputan misteri yang diterimanya tempoh hari. Malah dia tidak terasa perkara itu penting pun.

"tak ada apa" jawab Aleya tanpa memandang Fuad.

"yo everyone!" tiba-tiba Adan tiba di situ dengan senyuman lebar. Di belakangnya adalah Ezlan yang bermuka serius seperti biasa.

"dapat tangkap apa-apa tak?" soal Hani.

"come on! Kitorang takkan balik sini dengan tangan kosong" Adan bercakap besar, "kecuali dia" jari telunjuknya ke arah Ezlan secara sorok-sorok.

"dapat tangkap apa?" soal Aleya pula. Perutnya juga sudah berbunyi kuat.

"okay, menu kita hari ni... udang goreng tepung!" Adan meletakkan membuka bungkusan kain yang didalamnya terdapat lebih dari sepuluh ekor udang yang gemuk-gemuk belaka.

"wah!" Hani teruja.

"Leya, ikut aku jap" arah Ezlan tiba-tiba. Sangat merosakkan suasana. Empat pasang mata mata memandangnya.

"kenapa?" soal Aleya, pelik.

"ikut jelah"



🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

"sumpah, aku tak bagitahu apa-apa kat Adan!" nafi Aleya. Berkerut-kerut dahinya menunjukkan dia bersungguh.

"habis tu, macam mana dia boleh tahu pasal tu?" soal Ezlan.

"mana lah aku tahu. Kau lah agaknya yang bagitahu dia. Lepas tu kau nak salah kan aku?"

"masalahnya, bukan aku"

"dan bukan aku juga. Dia sendiri yang cakap kat aku, kau yang bagitahu pasal kita kat dia" Aleya bengang. Lelaki ini mana pernah melihat salah diri sendiri. Matanya hanya tahu melihat salah orang lain.

"apa? Dan dia bagitahu aku, kau yang bagitahu dia" nafi Ezlan pula.

Aleya dan Ezlan terdiam. Mereka menjumpai jawapan mati yang sangat membingungkan. Hanya seorang yang mempunyai jawapan itu-Adan.

"kita kena tanya Adan lagi" cadang Aleya. Patutlah dia berasa sangat pelik apabila Adan mengetahui tentang hubungannya bersama Ezlan. Tidak mungkin Ezlan akan menceritakan perkara bodoh itu.

"tak payah lah" ujar Ezlan perlahan.

"kenapa? Dia dah sebarkan cerita tu kat semua orang. Dia siap tahu detail lagi. Kau tak pelik ke? Bukan aku yang bagitahu, dan juga bukan kau yang bagitahu dia. So, takkan kita nak diam je?" kata Aleya. Adan mengetahui perkara yang tidak sepatutnya, dan ianya tersangatlah pelik.

"aku tak nak bangkitkan benda tu lagi. Terutamanya dalam situasi sekarang" kata Ezlan, tenang.

"aku pun tak nak. Tapi, benda yang elok-elok cuma rahsia antara kita, sekarang dah tersebar tanpa sebab yang kita sendiri tak tahu"

"sebenarnya aku tak kisah pun" kata Ezlan tenang.

Aleya agak terkejut dengan jawapan Ezlan, "hah?"

"ada benda yang lagi penting dari tu"

"apa dia?"

"kau kena lebih hati-hati. Aku rasa tak sedap hati bila aku dapat mimpi semalam" kata Ezlan, wajahnya serius berkenaan mimpinya tidak dapat melihat Aleya di tasik tersebut.

"maksud kau, aku dalam bahaya?" Aleya mula cuak.

"mungkin. So, kau kena jaga diri kau"

"jangan risau, takkan ada apa-apa yang jadi kat aku. Yang penting sekarang, bila kita nak jumpa Zana? Dalam mimpi kau, kita akan jumpa Zana kan?"

"yes. Tapi, aku tak pasti kita akan jumpa Zana yang sama"

Dahi Aleya berkerut, "maksud kau?"

"apa yang aku nampak... badan dia macam lebih kecil. Sangat kecil. Dan, dia bertenggek kat bahu Hani" Ezlan cuba mengorek memori tentang mimpi ramalannya.

Kening Aleya naik sebelah, "what?"

"itu apa yang aku nampak. Aku sendiri tak faham"

"mimpi ramalan kau dah makin mengarut aku rasa"

"kau memang dari dulu tak pernah percaya kat aku kan? Ramalan aku pasal bas tu akan eksiden tak cukup lagi?" Ezlan mula bengang. Dia tidak pernah berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Aleya.

"ramalan bukan sesuatu untuk kita boleh percaya"

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now