Bab 7: Hilang

2.2K 237 10
                                    


"woi tunggulah!" jerit Ezlan apabila melihat kelibat Adan. Dia akhirnya berjaya menyaingi langkah Adan.

"kenapa kau yang ikut aku? Takut kalah dengan perempuan tu?" soal Adan sambil tersengih.

"perempuan tu nama dia Aleya dan aku bukannya takut, tapi aku risaukan dia" balas Ezlan tanpa memandang Adan. Tali beg silang dibahunya dibetulkan.

"kenapa kau nak risau pula? korang pernah kenal ke sebelum ni?" Adan menaikkan keningnya sebelah.

Ezlan mengambil masanya buat beberapa saat. Dia fikir perkara yang lama tidak perlu diceritakan kembali, dan lebih baik jika semua orang tidak mengetahui tentang sejarah mereka. Lagipun memang selama 7 tahun ini mereka tidak pernah berhubung langsung.

Jadi Ezlan menjawab, "taklah"

"betul ke?"

Ezlan hanya diam. Halkumnya bergerak menunjukkan dia sedang menelan air liurnya.

Sejurus itu Adan memegang lengan kanan Ezlan dan membuatkan langkah mereka berdua terhenti.

Ezlan menoleh ke arah Adan dengan terkejut. Dengan pantas dia menarik tangannya kembali, "kau apahal?"

Adan hanya tersengih jengkel. Matanya seperti sedang mempermainkan Ezlan. Kemudian dia meneruskan langkahnya meninggalkan Ezlan yang tertanya-tanya.

Ezlan mengerutkan dahinya, pelik dengan tindakan rawak lelaki itu. Namun dia tetap mengekori Adan.

"berhenti" kata Adan dengan riak wajah serius sebelum dia menarik Ezlan menyorok di sebalik pokok.

"kenapa?"

"tu..." Adan menundingkan jarinya di hadapan mereka.

Mereka telah tiba di tempat bas mereka tersadai bersama mayat-mayat yang sudah hampir lupus diratah oleh burung-burung gagak liar. Keadaan mayat-mayat tersebut agak mengerikan, apatah lagi cuma tinggal cebisan-cebisan tulang sahaja. Namun burung-burung gagak masih lagi berpesta meraikan makanan di hadapan mereka.

"aku rasa kita kena lalu kat tempat lain. Kalau tak, kita pun jadi lauk diorang" cadang Adan sambil memerhatikan burung-burung gagak yang berterbangan.

"aku nampak jalan. Ikut aku" kata Ezlan pula sebelum dia berjalan perlahan-lahan ke sebelah kanan. Adan juga mengekorinya.

Mereka berjalan secermat yang mungkin, cuba untuk tidak mengeluarkan bunyi atau perkara yang menarik perhatian gagak. Objektif mereka sekarang ini adalah untuk melintasi kawasan bas yang tersadai dan menuju ke tebing. Di atas tebing itulah terdapatnya jalan raya, tempat bas yang dinaiki mereka terjatuh.

Ezlan dan Adan berjaya melintasi tempat pesta burung gagak tersebut. Kini, mereka hanya perlu mencari tebing untuk mendakinya supaya dapat meminta bantuan.

Namun setelah 2 jam perjalanan, mereka tidak dapat menemui penamatnya. Sekitar mereka hanyalah hutan belantara yang tebal. Padahal sebelum mereka diserang oleh burung gagak, mereka dapat melihat tebing tinggi tersebut yang berdekatan dengan kawasan bas itu tersadai. Mereka seakan-akan sudah tersasar jauh ke tengah hutan.

"ahhh! Aku tak larat! Rehat jap weh!" Adan sudah terduduk di atas tanah sambil termengah-mengah.

"dah lama kita jalan, tapi bayang tebing pun aku tak nampak. Cuma tanah rata je ni" Ezlan duduk mencangkung di hadapan Adan. Dia juga sudah kepenatan.

"betul ke jalan yang kau bawak ni?"

"kau nampak sendiri tebing tu tadi kan? takkan lah tebing tu ghaib tiba-tiba?"

"so, macam mana sekarang? Aku tak nak bermalam kat sini!"

"aku rasa baik kita patah balik. Aku takut kita sesat pulak nanti"

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now