Bab 40: Fail Oren

1.4K 174 4
                                    

Adan membuka fail oren itu. Dahinya berkerut membaca setiap helai kandungan fail, namun tiba-tiba dia terhenti apabila merasakan panahan lima pasang mata.

Dia mengangkat kepala, melihat Ezlan, Aleya, Hani, Zana dan Fuad yang masih merenungnya, "korang.... ada apa-apa soalan lagi ke?"

"macam mana korang reka tempat ni? hutan ni memang wujud ke?" soal Aleya.

Adan tersenyum. Dia menutup sebentar fail di tangannya, kemudian dia duduk di atas meja, "hutan ni Jerry yang reka. Jadi, aku tak tahu hutan ni wujud atau tak, real atau tak. Jerry memang tak ada kebolehan macam kita semua, tapi otak dia pandai"

"lelaki perigi tu siapa pula?" soal Hani. Dia masih ingat betapa gementarnya dia bertemu dengan lelaki perigi itu. Lelaki perigi yang menggemari buah kesemak.

"oh, dia bukan dari orang abad lama. Dia salah seorang pekerja yang Jerry upah. By the way, yang muntah darah tu, aku cuma berlakon. Supaya lagi nampak real" terang Adan sambil mengeluarkan sebotol cecair berwarna merah.

"apa?" Aleya menahan dirinya daripada menyumpah.

Adan bangun dan berdiri tegak, dia memandang wajah mereka satu persatu, "aku minta maaf sebab tipu korang semua. Aku tahu cara aku salah"

"bola kristal ni... apa maksud nombor ni?" soal Fuad sambil menunjukkan bola kristalnya yang bernombor tiga.

Adan melihat sejenak bola kristal yang dihantar sendiri olehnya kepada mereka. Dia berkata, "oh, tu nombor subjek. Nombor aturan bila kitorang jumpa subjek baru"

"subjek tu adalah kitorang?" soal Aleya pula.

Adan mengangguk.

"tapi kenapa kau nombor enam? bukan kau subjek pertama ke?" soal Ezlan.

"Jerry seorang yang suka terbalikkan aturan. So, actually aturan nombor tu terbalik. Nombor terakhir sebenarnya nombor pertama" terang Adan.

"jadi aku orang yang last korang jumpa..." gumam Ezlan memandangkan dia mendapat nombor satu pada bola kristalnya.

"thanks to Aleya, aku dapat jumpa kau 7 tahun lepas. Masa aku siasat pasal Aleya, aku dapat tahu kau ada kebolehan mimpi ramalan tu" ujar Adan.

Ezlan memandang Aleya. Disebabkan mimpi ramalannya, Aleya pernah membencinya selama 7 tahun.

"kau pasti kitorang boleh balik kalau kau dapat selesaikan kes tu?" soal Ezlan.

Adan mengangguk dengan tidak yakin, "walaupun aku sendiri tak percaya kat Jerry, tapi... biasanya dia akan tunaikan janji dia"

Zana mendengus, "tapi dia tetap bunuh adik aku"

Adan memandang Zana dengan mata redupnya, "sebenarnya, aku pernah jumpa Zati masa dia hidup"

"kau pernah jumpa dia? kenapa?" soal Zana.

"4 tahun dulu. Masa tu aku tengah siasat pasal kau. Tapi, aku terjumpa dia. Aku baca fikiran dia. Dia dah sakit dah masa tu" ujar Adan perlahan. Dia masih ingat disebalik wajah ceria Zati, dia pendam kesakitan yang dialaminya.

Air mata Zana jatuh. Dia masuk ke dalam poket beg Hani untuk menyorokkan dirinya.

"so, kes apa yang kau kena selesaikan?" soal Ezlan sambil memandang fail oren pada tangan Adan.

"nah, bacalah" Adan memberikan fail oren tersebut.

Ezlan meletakkan fail di atas meja dan mula membuka kulit hadapan. Fuad turut berada di sebelahnya untuk melihat.

Kes #19960419

Misi: Seorang budak lelaki berumur 2 tahun telah diculik dan kemudian diselamatkan setelah diberikan wang tebusan. Client mahu wang tebusan kembali.

Lokasi: Penculik melarikan diri ke The Nest Apartment bersama wang tebusan.

Fuad menarik sehelai kertas yang dikepilkan bersama fail.

"ni ke apartment tu?" soal Fuad. Kualiti gambar agak teruk, namun dia dapat melihat dengan jelas betapa usangnya pangsapuri itu. Penuh akar liar yang merayap pada seluruh dinding dan yang pastinya tiada sesiapa yang menghuninya.

"jadi, kau cuma kena dapatkan duit tebusan tu balik?" Ezlan memandang Adan.

"yes. Dengar macam simple kan?" Adan tersengih.

"macam mana kau nak pergi tempat tu?" soal Aleya. Keluar dari hutan ini pun mustahil.

"nampak pintu tu?" Adan menggerakkan dagunya untuk menunjukkan pintu besi di bahagian belakang, "sebenarnya pintu tu ada orang yang jaga. Aku rasa diorang yang akan bawa aku"

"kitorang boleh ikut?" soal Ezlan.

"tak boleh. Kau dengar sendiri kan, misi ni untuk aku. Lagipun, aku dah buat salah dengan korang. At least, aku kena tebus kesalahan aku" kata Adan.

"macam mana kalau kau tak berjaya?" soal Aleya.

"kau mungkin tak percaya, tapi aku tak pernah gagal dengan misi aku" Adan tersenyum bangga. Hanya dia sahaja yang tahu akan kebenaran kata-katanya itu.

"jadi, kitorang cuma perlu duduk sini. Just do nothing?" soal Fuad.

"ya. Lagipun, Jerry tak bagi korang keluar dari bilik ni" jawab Adan.

Tiba-tiba terdengar bunyi deringan.

Adan menyeluk poket seluarnya. Dia mencapai telefon bimbit, lalu menekan simbol jawab.

"handphone kau ada line..." Aleya melihat dengan wajah tidak percaya.

"helo? Hmm.. Okay" Adan menjawab ringkas kepada seseorang di talian.

Adan memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket, "aku kena gerak"

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now