Bab 31: Mengaku

1.6K 172 3
                                    

"esok pagi, kita gerak" kata Ezlan sambil menguyah buah kesemak yang dikutipnya malam tadi. Buah kesemak ini adalah penentu nyawa mereka, namun kini dia sedang makan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"kenapa esok pagi? kenapa tak sekarang je?" soal Fuad yang duduk disebelahnya. Kakinya juga sudah semakin sembuh. Dia sudah tidak sabar hendak berjalan semula.

"lelaki perigi tu bagitahu, ada tasik kat arah selatan" kata Hani pula.

"macam mana kita nak cari tasik tu?" soal Aleya pula. Mereka bukannya ada kompas pun.

"kita ikut arah matahari. Sebab tu kita kena pergi awal pagi"  jawab Ezlan yang sudah habis mengunyah buah di dalam mulutnya. Dia mengibas-ngibas kedua-dua tangannya.

"kalau ikut ramalan Ezlan, kita mungkin dapat jumpa tasik tu" Zana yang sedang duduk bersandar pada pokok tiba-tiba berkata. 

Semua mata memandang ke arah Zana. Riak Fuad dan Hani jelas tidak mengerti. Ezlan dan Aleya pula sambil berpandangan. Adan, dia hanya tersenyum sinis.

"ramalan?" soal Fuad, mengerutkan dahinya.

Zana melepaskan nafasnya, kemudian dia memandang Ezlan, "why dont you explain to them, Ezlan?"

"Zana, aku rasa kita patut bincang..." kata Aleya.

"bincang apa lagi? sampai bila korang nak sorokkan?" kata Zana. Keras suaranya. Badannya yang sudah kembali normal membuatkan dia menjadi semakin menakutkan.

"apa ni? korang sorokkan apa?" soal Hani, gusar.

Aleya hanya memandang Ezlan. Hanya Ezlan yang harus membuat keputusan sekarang ini.

"ke nak aku yang bagitahu?" Adan tiba-tiba bersuara. Wajahnya yang selamba, bertentangan dengan reaksi wajah Ezlan.

"Adan, please..." Aleya cuba menghalangnya.

Ezlan melihat Aleya dengan wajah terkejut,"kau dah bagitahu Adan, pasal aku?"

"tak! aku tak bagitahu dia!" Aleya mula gelabah.

"bagitahu apa ni? boleh tak korang explain? aku rasa yang clueless sekarang ni, cuma aku dan Hani!" Fuad mula meninggikan suaranya. Dia tidak faham seratus peratus apa yang sedang mereka bualkan.

"bagitahu jelah, Ezlan" sampuk Adan.

Ezlan menelan air liurnya. Sungguh berat mulutnya untuk bersuara, namun pandangan mata mereka membuatkan dia nekad.

"aku boleh nampak masa depan" 

Suasana sepi buat beberapa detik. Mulut Fuad dan Hani hampir ternganga mendengar pengakuan Ezlan.

"masa depan siapa?" soal Hani.

"sesiapa je, tapi randomly" Ezlan menundukkan kepalanya sedikit. 

"jadi, apa yang kau dah nampak?" soal Fuad pula.

"dia nampak bas yang kita naik tu kemalangan. Tapi dia langsung tak halang" tambah Zana. Itu adalah point yang dia paling tidak sabar untuk memberitahu mereka yang lain.

Fuad dan Hani tergamam sekali lagi.

"tak, Zana. Ezlan ada bagitahu aku sebelum bas tu bertolak lagi" Aleya membela Ezlan. Dia sedar Ezlan tidak bersalah sepenuhnya.

Zana tersenyum tidak percaya, "habis tu, kenapa kau naik bas tu juga?"

"sebab masa tu aku tak percaya kat dia" jawab Aleya perlahan. Dia terpaksa mengaku kesalahannya. Kalaulah dia percaya dengan Ezlan, pasti mereka semua tidak berada di dalam hutan aneh ini.

"aku mintak maaf, tapi aku dah cuba halang. Aku rasa aku cuma boleh nampak masa depan, tapi aku tak boleh ubah..." kata-kata Ezlan terhenti. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Ezlan?" Aleya memanggilnya.

"err, maksud aku, masa tu aku tak berjaya ubah masa depan" sambung Ezlan. Seperti ada sesuatu yang penting terlintas di fikirannya.

"apa lagi yang kau nampak?" soal Adan kepada Ezlan.

Ezlan mengangkat kepalanya, mula memberanikan diri memandang mereka semua, "aku nampak kita kat tasik yang besar"

"jadi, itu tasik yang lelaki perigi tu bagitahu?" tanya Fuad pula.

"mungkin" jawab Ezlan ringkas.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Awal-awal pagi lagi mereka semua sudah bangun untuk meneruskan perjalanan. Suasana masih lagi gelap dan sejuk, namun mereka harus bersedia sebelum matahari terbit.

Tatkala melihat cahaya jingga muncul di sebalik kabus awan dari ufuk timur, Ezlan berdiri dan mendepakan tangannya. Tangan kirinya didepakan ke arah matahari, manakala tangan kanan ke arah bertentangan. Bermakna, badannya sekarang sedang menghadap ke arah selatan.

"jom" kata Ezlan apabila yakin arah yang mereka harus tuju.

Satu jam perjalanan agak memenatkan, terutama mereka berjalan dengan laju kerana mahu memastikan arah matahari konsisten. Mujur kaki Fuad sudah semakin pulih, jadi mereka dapat mempercepatkan langkah mereka.

Mereka tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan, kecuali untuk berbincang tentang kedudukan matahari. Ezlan dapat merasakan Zana, Hani dan Fuad agak marah dengannya, namun dia tidak mahu bangkitkan tentang hal itu lagi.

Aleya entah mengapa dia berasa bersalah dengan Ezlan. Adan pula hanya menambah ketegangan yang sudah sedia ada.




Enam TerpilihWhere stories live. Discover now