Bab 28. Kembali

1.6K 185 6
                                    

Bahang matahari dirasakan seperti nikmat bagi Ezlan yang baru sahaja keluar dari balai polis. 6 jam disoal siasat di dalam bilik yang kecil membuatkan dia penat. Penat dari segi mental terutamanya.

"abang!"

Ezlan melihat adik perempuannya, Erra menghampiri dengan baju t-shirt berwarna biru dan berseluar jeans. Ringkas tetapi masih kelihatan cantik.

"kan abang kata, tak payah jemput abang" kata Ezlan.

"ayah yang suruh Erra jemput abang. Macam mana interview tu? okay?"

Ezlan tersenyum hambar. Ayahnya seorang yang tegas, tetapi dalam diam dia sangat risaukan anaknya yang sulung ini.

"okay je.." jawab Ezlan ringkas.

"abang dah bagitahu semua yang abang tahu kat polis kan?" soal Erra lagi, bimbang.

"dah. Jangan risau" jawab Ezlan.

Bunyi hon membuatkan perhatiannya beralih ke seberang jalan. Dia melihat seseorang yang dikenalinya di tempat pemandu di dalam kereta itu.

"Erra, Erra balik dulu. Abang nak jumpa kawan abang. Ada hal" kata Ezlan tergesa-gesa namun dihalang oleh Erra.

"abang nak pergi mana? tu siapa?" soal Erra persis seperti pegawai polis bermisai yang menyoal siasat Ezlan tadi.

"nanti abang bagitahu. Erra balik dulu, okay?" kata Ezlan sambil menepuk lembut bahu Erra, sebagai tanda supaya tidak perlu bimbang.

Erra hanya memerhatikan Ezlan yang sedang melintas jalan dan masuk ke dalam perut kereta Myvi biru itu. Sempat dia melihat si pemandu, seorang perempuan. Dia mengerutkan dahinya kerana belum pernah melihat perempuan tersebut.

🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

"siapa tu? tunang awak?"

"bukan... adik aku" jawab Ezlan. Namun kemudian matanya tepat memandang Hani yang sedang memandu di sebelahnya, "macam mana kau tahu aku ada tunang?"

"Aleya bagitahu saya..." jawab Hani yang membuatkan keadaan menjadi senyap. Serta merta tiada topik selepas itu. Ezlan hanya termenung memandang jalan raya di hadapannya.

"Zana okay?" soal Ezlan setelah 20 minit berlalu.

"tak okay. Sebab tu saya ajak awak pergi rumah dia"

"maksud kau? Awal-awal dulu dia okay je. Bukan ke dia orang yang paling seronok dapat keluar?" Masih segar dalam ingatan Ezlan bagaimana wajah gembira Zana apabila mereka berpisah ke haluan masing-masing.

"entahlah, saya pun tak sangka. Mungkin dia masih tak move on dengan kematian adik dia" jawab Hani yang masih fokus dengan pemanduannya.

"dah 4 hari kita keluar dari hutan tu, tapi masih banyak masalah yang belum selesai" Ezlan mengeluh sendiri.

🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Satu persatu tangga mereka langkah menuju ke unit rumah Zana di tingkat 5. Tingkat yang paling tinggi, dan tiada lif.

"mana kau tahu rumah Zana ni?" soal Ezlan sedikit mengah.

"dia bagitahu saya. Haritu dia call saya sambil menangis" jawab Hani sambil menjinjing plastik yang berisi barang-barang dapur. Dia sudah pernah ke rumah Zana, jadi dia tahu betapa kroniknya keadaan rumah Zana dan juga tuannya.

Mereka tiba di unit rumah bernombor 501. Terdapat budak-budak lelaki yang sedang bermain selipar di hadapan rumah Zana. Mereka memandang Ezlan pelik, mungkin kali pertama melihatnya di flat ini.

"main kat tempat lain, jangan buat bising kat sini" tegur Hani, namun masih lembut.

"alah, kenapa bah? kami dak kacau orang pun" salah seorang budak lelaki berambut kerinting yang berlonghat Sabah menjawab.

"adik kacau orang dalam rumah ni" kata Hani lagi.

"ada orangkah dalam rumah ini?" soal seorang lagi budak yang berbadan gempal. Riak wajahnya begitu terkejut sekali. Di tangannya memegang coklat coki-coki.

"ada. Dah-dah, pergi main tempat lain" arah Hani. Budak-budak itu menurut sahaja dan berlalu dari situ. Kehidupan kanak-kanak sangat menyeronokkan. Hanya perlu fikir untuk belajar dan bermain sahaja.

"Zana tak pernah keluar rumah ke?" soal Ezlan.

"tak langsung sejak balik" kata Hani lalu mengeluarkan kunci pendua dan memasukkan ke dalam lubang tombol pintu.

Pintu dikuak. Keadaan gelap bertukar terang apabila cahaya siang masuk ke dalam rumah. Serta merta langsir di ruang tamu dibuka oleh Hani.

"masuklah" pelawa Hani seperti rumahnya sendiri.

Tidak perlu risau akan jiran-jiran yang akan mengumpat kerana membawa masuk lelaki ke dalam rumah. Ini bukannya kawasan kampung. Ini adalah kawasan flat yang majoritinya orang Indonesia dan Sabah. Bermakna, penghuni di sini semuanya bertujuan untuk mencari makan, bukan mencari pasal.

"awak pergilah jumpa Zana dulu. Dia ada dalam bilik. Saya nak kemas barang dapur kejap" kata Hani.

"kat mana..." belum sempat Ezlan menghabiskan ayatnya, Hani sudahpun berlalu masuk ke ruang dapur.

Ezlan melihat hanya terdapat dua buah bilik di rumah ini. Dia melihat bilik yang paling hampir dan hanya meneka bahawa mungkin itu adalah bilik Zana.

Dia mengetuk pintu sebagai adab. Namun tiada jawapan dari dalam. Mungkin Zana tidur. Kali ini Ezlan memulas tombol pintu.

Pintu bilik dibuka, namun yang ada hanyalah sebuah katil bujang yang kosong. Bilik yang kemas seperti tiada sesiapa pernah menghuninya. Ezlan mahu kembali keluar, namun sebingkai gambar di meja studi menarik minat Ezlan.

Dia melihat ke arah dapur sebentar, masih kedengaran bunyi Hani sedang mengemas. Entah mengapa, hatinya merasakan dia perlu senyap untuk masuk ke bilik yang dia tidak tahu siapa tuannya. Dia bukan mahu membuat perkara yang tidak betul, namun caranya sangat mencurigakan.

Perlahan-lahan dia mendekati meja studi dan mengangkat bingkai gambar itu. Dua orang perempuan yang sedang tersenyum melihat lensa kamera. Dia mengenali kedua-duanya. Malah dia melihat salah satunya sebagai mayat dengan kepala matanya sendiri.

Zana dan adiknya Zati, yang turut meninggal dunia di dalam kemalangan bas.

Ezlan juga melihat gambar-gambar lain yang tertampal di board. Semua gambar terdapat Zati yang gembira dengan kehidupannya bersama orang-orang sekeliling. Jadi.. Ini adalah bilik tidur Zati.

Ezlan meletakkan semula gambar yang dipegangnya ke meja. Memastikan dia meletakkan di sudut darjah yang betul supaya tidak ketara perubahannya.

Entah mengapa, dia tertarik sekali lagi pada laci meja milik Zati. Perasaan ingin tahunya tiba-tiba mencanak. Dia tahu dia melakukan perkara yang salah, namun dia masih menarik laci meja tersebut.

Tiada apa-apa. Hanyalah buku-buku nota belajar. Ezlan mahu menolak kembali laci, tetapi dia terhenti apabila melihat sebotol ubat.

Oxycodone.

Dia bukanlah arif dengan ubat-ubatan, namun dia tidak pernah mendengar nama ubat ini. Dia tahu, ubat ini bukanlah ubat biasa.

Ezlan membuka penutup botol ubat dan melihat isi di dalamnya. Hanya terdapat sebiji pil sahaja. Jadi, Zati telah bergantung pada ubat ini. Untuk apa? Dia tidak pasti.

"kau buat apa kat sini?"

Hampir meloncat Ezlan mendengar suara di belakangnya, tetapi dia sempat meletakkan kembali botol ubat ke dalam laci.

Dia menoleh ke belakang dan melihat Zana yang bersaiz manusia nomal, merenungnya tanpa berkelip.

"aku tengok-tengok je" Ezlan membuat muka confident, sambil menelan air liur.

"kau ada mimpi lagi?" soal Zana, rawak.

"hah?"

"kau ada mimpi lagi ke? Kau ada nampak Aleya dalam mimpi kau lagi tak? "

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now