Bab 4: Takdir

2.3K 235 1
                                    

"nasib baik sempat kan, kak?"

"kau lah lembab sangat!"

"alah, kakak yang terhegeh-hegeh tadi" gelak gadis yang duduk di belakang tempat duduk Aleya di dalam bas itu. Mereka penumpang terakhir sebelum bas itu bertolak sebentar tadi. Adiknya memakai tudung, manakala kakaknya berambut panjang lepas.

Mata Aleya melihat Ezlan yang duduk di barisan hadapan sekali, berdekatan dengan tempat pemandu bas. Dia sungguh tidak faham dengan lelaki itu. Setelah apa yang dikatakan tentang bas ini akan kemalangan, kini dia juga turut menaiki bas ini?

Namun cepat-cepat Aleya melarikan matanya apabila tiba-tiba Ezlan menoleh ke arahnya. Aleya berpura-pura memandang ke luar tingkap. Entah mengapa dia harus membuat sedemikian.

Ezlan bangun daripada tempat duduknya dan beralih ke tempat duduk di sebelah Aleya yang kosong.

Aleya menoleh terkejut, "kau nak apa lagi?"

"kau tak sepatutnya naik bas ni" balas Ezlan perlahan.

"kalau kau nak cakap pasal tu lagi, tolong duduk kat tempat kau balik" ujar Aleya meluat sebelum dia memandang ke luar tingkap semula.

Ezlan mengeluh perlahan. Kemudian dia memusing-musingkan kepalanya. Dia cuba mengira bilangan penumpang di dalam bas ini. Terdapat kira-kira 16 orang penumpang kesemuanya termasuk pemandu bas.

Ezlan duduk semula. Terdapat beberapa penumpang yang dia pernah dilihatnya melalui mimpi pada pagi tadi. Dia yakin mereka semua akan mati dalam kemalangan nanti. Namun dia tidak tahu bila.

Dadanya agak berdebar kerana kali terakhir dia melihat masa depan yang menunjukkan kematian adalah ketika kes kebakaran rumah Aleya. Selepas itu, dia cuma melihat masa depan yang remeh sahaja.

"budak perempuan yang duduk kat belakang kita ni akan mati" kata Ezlan perlahan namun cukup untuk didengari Aleya.

"stop it lah, psiko" kata Aleya walaupun pada hakikatnya bulu romanya agak meremang. Sempat dia melihat dua orang gadis yang duduk di belakangnya.

"yang pakai tudung tu yang mati"

"kalau kau tahu bas ni akan accident, kenapa kau naik juga bas ni?" soal Aleya tidak puas hati.

"entah, aku pun tak tahu" jawab Ezlan selamba sebelum dia kembali ke tempat duduk asalnya.

Aleya hanya menggelengkan kepala tidak faham dengan lelaki itu. 7 tahun tidak bertemu, tetapi perangai peliknya tidak pernah berubah. 

Pada dua jam perjalanan semuanya berjalan lancar. Kebanyakkan penumpang sedang tidur kecuali Ezlan yang asyik memerhatikan jalan raya dan pemandu bas. Dia akan memastikan pemandu lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an ini tidak menjawab apa-apa panggilan mahupun mengantuk. Dia akan berusaha mengelakkan sebarang kealpaan.

Sekali sekala dia melihat Aleya yang sedang tidur sambil mendengar lagu melalui fon telinga. Sejujurnya, dia agak kecewa sedikit kerana Aleya langsung tidak mempercayai kata-katanya. Nampaknya peristiwa hitam yang melanda pada keluarga Aleya membuatkan wanita itu trauma dengan kata-katanya.

Telefon bimbitnya berdering membuatkan Ezlan cepat-cepat mengalihkan perhatian daripada Aleya. Dia menjawab panggilan daripada adiknya, Erra.

"abang kat mana ni?" soal Erra di talian. Gemuruh suaranya.

"kat dalam bas"

"bas ke Perlis?"

"hmm"

"abang nak buat apa sekarang?"

"maksud Erra?"

"abang nak buat apa untuk elak kemalangan tu?"

Ezlan mengeluh perlahan, "entahlah"

"walau apa pun terjadi, Erra akan doakan abang"

Doa. Itu sahaja yang termampu.

"lagi satu, Erra dah letak bola kristal tu kat beg abang"

"apa?" Ezlan meraba-raba begnya dan menjumpai bola kristal yang bercahaya biru itu. Simbol nombor satu jelas kelihatan.

"manalah tahu benda tu penting"

"abang bukannya nak pergi Perlis sebab tu. Abang pergi untuk elak kemalangan tu"

"yalah, Erra tahu. Erra doakan abang"




Enam TerpilihWhere stories live. Discover now