Bab 16: Percaya

1.8K 215 7
                                    

"hoi, bangunlah!"

Perkara pertama yang dilihat Ezlan setelah dia membuka matanya adalah wajah Adan. Dia yang agak terkejut lantas terus terbangun. Sempat sel mindanya berfikir jika dia sudah kembali ke realiti ataupun masih berada di dalam mimpi.

"pukul berapa sekarang?" soal Ezlan dengan mata yang masih tidak dapat dibuka sepenuhnya. Rambutnya juga kusut masai.

"7.30 pagi. Lama juga kau tidur. Ada mimpi ke?" Adan tersengih nipis. Dia duduk di sebelah Ezlan sambil merenung unggun api yang sudahpun tinggal serpihan kayu dan abu.

Serta merta Aleya yang sedang duduk di sebelah Hani terus merenung Ezlan apabila dia mendengar perkataan mimpi. Dia juga mahu tahu apa jawapannya. Setelah semua kejadian aneh yang telah berlaku, ramalan mimpi Ezlan mungkin dapat membantu mengatasi masalah mereka.

Ezlan termenung seketika. Soalan Adan dibiarkan tergantung.

"kau ada mimpi ke tak?" sampuk Aleya pula yang membuatkan mereka yang lain agak berasa hairan.

"kenapa ni Aleya?" Hani berasa tidak sedap hati kerana daripada semalam hubungan Aleya dan Ezlan tidak baik. Bergaduh pada waktu seperti ini langsung tidak dapat membantu mereka sama sekali. Apatah lagi Ezlan baru sahaja bangun daripada tidur.

"penting sangat ke dia mimpi apa?" Fuad hampir tergelak dengan soalan bodoh Aleya. Dia hanya duduk bersandar pada pokok. Kakinya masih lagi dalam keadaan sakit. Mujur, kedua-dua tulang kakinya tidak patah, kerana dia masih boleh menggerakkan ibu jari kaki.

"aku tanya, kau ada mimpi tak?" Aleya mengulang soalannya tanpa mempedulikan Hani dan Fuad. Dia tidak kisah apa pun yang mereka fikir.

"rilekslah, yang kau serius sangat ni kenapa?" Adan tersengih. Soalan dan reaksi Aleya begitu lucu baginya. Why so serious?

"aku tak tanya kau, aku tanya Ezlan" Aleya menjeling Adan. Kemudian matanya merenung tajam ke arah Ezlan, masih menunggu jawapannya.

"apasal? Kau nak dia mimpikan kau ke?" kata Adan, sengaja mencurah minyak pada api.

Aleya membaling sebiji batu kecil ke arah Adan. Semakin sakit hatinya apabila Adan berjaya mengelak balingannya. Kemudian dia memandang Ezlan semula dan bertanya dengan nada tegas, "jawab soalan aku, Ezlan"

"tak.. aku tak mimpi" Ezlan menundukkan kepalanya. Dia berusaha mengelak daripada memandang Aleya, menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikannya.

Aleya tersenyum sinis. Lima tahun dia mengenali Ezlan, dia cukup arif jika Ezlan menipunya atau tidak. Lantas dia bangun dan berjalan mendekati Ezlan.

"ikut aku" Aleya menarik tangan kiri Ezlan untuk memaksanya berdiri. Walaupun terpaksa, Ezlan akur dan mengekori Aleya pergi daripada tempat berehat mereka.

Mereka yang lain termasuk Ezlan bingung dengan tindakan Aleya. Takkanlah perihal mimpi Ezlan begitu penting sekali. Sejak kes Aleya mendengar suara Zana malam tadi, dia kelihatan sangatlah sensitif dan paranoid.

"hal diorang, kita tak payah masuk campur" Adan tersengih kepada Fuad dan Hani.


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Aleya berhenti melangkah apabila dia merasakan mereka sudah berada cukup jauh untuk berbincang berdua sahaja. Sebenci-benci dirinya terhadap Ezlan, dia masih mahu menjaga rahsianya. Juga, terlalu banyak perkara yang harus dijelaskan kepada Adan, Fuad dan Hani jika mereka mengetahui hal sebenar.

Biarlah jika mereka semua menganggapnya tak betul dan kebudak-budakkan kerana serius terhadap hal remeh seperti mimpi Ezlan. Tetapi yang pastinya, hanya dia dan Ezlan sahaja yang tahu betapa pentingnya perkara ini.

"kau ada mimpi kan?" tajam mata Aleya memandang Ezlan.

"tak, aku tak mimpi" Ezlan berusaha untuk mengawal reaksinya, cuba untuk meyakinkan perempuan itu.

"kau tipu"

"buat apa aku nak tipu kau?"

"okay, sekarang bagitahu aku. Mimpi buruk atau baik?" Aleya tidak mempedulikan kata-kata Ezlan.

Ezlan meraup wajahnya, "aku kata aku tak mimpi!"

"kau tipu, aku tahu kau tipu! Please lah Ezlan!" desak Aleya lagi.

"kalau aku bagitahu kau, kau nak percaya ke? Selama ni pun kau tak percaya kat aku kan?!" Ezlan menjegilkan matanya. Apa lagi yang dia mahu buktikan kepada Aleya? Ramalan tentang kebakaran rumah Aleya pada 7 tahun dahulu adalah tepat. Ramalan tentang kemalangan maut bas yang mereka naiki juga tepat. Tetapi, malangnya Aleya langsung tidak mempercayainya sama sekali.

"kalau aku cakap yang aku percaya kat kau?"

Ezlan ketawa sinis, "nampaknya kau memang tengah terdesak..."

"bukan aku yang terdesak, tapi kita semua" rayu Aleya. Mata Ezlan ditenungnya dalam-dalam, cuba mendapatkan kembali keyakinan daripada lelaki itu.

Ezlan terdiam sebentar. Sel-sel di kepala otaknya sedang berkerja keras, berfikir wajar atau tidak dia memberitahu maklumat itu kepada Aleya. Beberapa saat kemudian, dia mengeluh lalu berkata, "okay fine. Aku bagitahu kau"

"kau mimpi apa? buruk atau baik?"

"aku tak pasti buruk atau baik... tapi aku mimpi kita ada dekat sebuah tasik"

"tasik?"

"tasik yang sangat besar... hampir macam laut. Tapi, lepas tu.... Aku nampak Fuad jatuh kat dalam tasik tu" Ezlan berusaha mengingat kembali mimpinya itu.

"macam mana Fuad boleh terjatuh?" Aleya gusar. Mungkinkah kerana kondisi kaki Fuad?

"aku tak tahu. Aku nampak juga Adan, Hani dengan Zana. Diorang menjerit-jerit, tapi aku tak dapat dengar apa yang diorang jeritkan" tambah Ezlan lagi. Memang kebiasaannya mimpi ramalannya tidak berbunyi.

"Zana? Jadi Zana masih hidup lagi lah?"

"tapi fizikal Zana macam pelik sikit..." Ezlan mengerutkan dahinya.

"pelik macam mana?"

"entahlah, aku tak pasti apa yang aku nampak. Tapi yang penting, memang Zana selamat" ujar Ezlan yang sekurang-kurangnya dapat menjamin bahawa Zana masih selamat dan mereka akan menjumpainya tidak lama lagi.

"satu lagi..."

Aleya menanti kata-kata Ezlan seterusnya.

"dalam mimpi tu, aku nampak Fuad, Hani, Adan dan Zana. Tapi...." Ayat Ezlan tergantung. Dia memandang wajah Aleya yang semakin suspen.

"tapi apa?"

"tapi aku tak nampak kau..."





Enam TerpilihWhere stories live. Discover now