Bab 34 : Impian

1.5K 169 13
                                    

"pondok ni kosong, tak ada orang!" kata Hani setelah dia dan Zana membuka pintu pondok tersebut.

"tapi macam ada orang pernah duduk" sampuk Adan yang baru tiba di belakang Hani. Dia dapat melihat beberapa periuk kecil dan kayu api di lantai. Namun keadaan pondok yang kotor menandakan sudah lama ia tidak didiami.

"at least kita ada tempat nak berteduh" kata Zana yang masih bertenggek di bahu Hani.

"biar saya bersihkan pondok ni dulu" kata Hani sukarela.

Adan mengangguk, lalu dia pergi ke arah Ezlan yang masih menunggu Fuad dan Aleya di pinggir tasik.

Dia duduk mencangkung di sebelah Ezlan dan rakit yang mereka naiki tadi.

"kau okay tak?" soal Adan sambil melihat Ezlan yang basah kuyup. Dia tidak percaya Ezlan sanggup terjun ke dalam tasik untuk menolak rakit mereka.

"hmm" jawab Ezlan ringkas namun matanya masih memandang ke arah tasik. Air tasik masih kekal tenang seperti tiada apa yang berlaku.

"kau jangan risau lah, Fuad mesti dapat selamatkan Aleya" kata Adan. Buat pertama kalinya dia menenangkan orang lain.

"kalau tak?" soal Ezlan.

"kalau tak..." Adan berhenti sejenak, "aku yang akan selamatkan diorang"

Ezlan memandang Adan pelik. Dia tidak sangka itu yang keluar daripada mulut Adan.

"tu Fuad!" Adan berdiri sambil menundingkan jarinya. Ezlan turut melihat ke arah tasik.

Kelihatan Fuad yang sedang berenang dengan bahagian belakangnya berada di air. Tangan kanannya sedang memeluk bahu Aleya dan dia berenang secara mengundur. Agak laju bagi orang yang berenang sambil membawa beban.

"Fuad!" jerit Ezlan supaya Fuad tahu akan lokasi mereka.

Fuad menghampiri pinggir tasik dan Ezlan bergegas terjun ke dalam air untuk membantu. Dia mengambil alih membawa Aleya hingga ke darat. Adan juga turut membantu mengangkat Aleya yang tidak sedarkan diri.

Ezlan merasai nadi di pergelangan Aleya. Dia turut cuba mendengar degupan jantung di dada Aleya.

"Leya!" Ezlan menepuk pipi Aleya. Namun Aleya masih tidak sedarkan diri.

"Aleya okay. Dia tak lemas, dia cuma pengsan je" Fuad yang sedang duduk berkata tiba-tiba. Lengan kirinya terdapat luka yang agak panjang.

"macam mana tak boleh lemas? dia ada kat dalam air tu hampir 30 minit...." kata-kata Ezlan terhenti. Matanya berkelip sekali sambil memandang ke arah Fuad.

"apa?" soal Fuad pelik.

"in... insang?"

Fuad terkejut. Dia terus menutup lehernya dengan kedua-dua tangannya. Dadanya naik turun sambil memandang Adan dan Ezlan silih berganti.

"kau ada insang?!" soal Adan.



🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Ezlan keluar dari pondok setelah memeriksa keadaan Aleya. Aleya masih belum sedar, namun nadi dan suhu badannya normal. Jadi mereka hanya boleh menunggu untuk Aleya kembali sedar.

Dia duduk di hadapan unggun api yang mereka sudah nyalakan. Kayu api yang berada di dalam pondok memudahkan usaha untuk menghidupkan api.

"nah, Ezlan" Hani memberikan ubi keledek rebus kepada Ezlan.

"thanks" kata Ezlan. Seumur hidupnya ini pertama kali dia makan ubi keledek. Hidup di bandar membiasakan dirinya hanya dengan makanan segera.

"not bad" kata Ezlan kepada Hani sambil tersenyum.

"kalau awak nak lagi, saya boleh rebus lagi. Kat belakang pondok ni ada banyak ubi keledek" balas Hani. Dia gembira dengan reaksi Ezlan.

Ezlan memandang Fuad yang sedang duduk tidak jauh darinya. Dia hanya termenung sambil melihat unggun api. Ubi keledeknya di tangannya tidak dijamah langsung.

"insang kau dah tak ada" Adan menegurnya. Meliar matanya memandang leher Fuad.

Fuad memandang Adan tajam, "dia keluar bila aku berenang je"

"sebab tu kau boleh menyelam lama?" soal Adan lagi.

Fuad mengangguk perlahan.

"sebab tu juga awak boleh selamatkan saya haritu" kata Hani. Dia masih terhutang budi dengan Fuad kerana menyelamatkannya yang hampir lemas tempoh hari.

"so, sebab insang tu kau benci berenang?" tanya Ezlan.

"sebenarnya aku tak benci berenang, aku benci insang aku ni" kata Fuad sambil memegang lehernya yang sudah kembali normal.

"kenapa pula? dengan insang kau tu kau boleh berenang suka hati kau" kata Zana.

Fuad melepaskan nafasnya sebelum berkata, "sebenarnya aku bekas atlet berenang"

Mereka berempat terkedu seketika.

"dengan insang kau tu kau boleh menang Olimpik. Siapa yang boleh kalahkan kau?" soal Adan yang hampir tersembur ketawa.

"ya, tapi ada pihak lain protes. Diorang tahu pasal insang aku dan aku tak boleh masuk bertanding selamanya" kata Fuad.

"jadi, kau tak boleh teruskan minat kau sebab insang tu" ujar Zana perlahan.

"impian aku berkecai. Korang bayangkan, aku berlatih sejak umur 8 tahun. Aku berlatih siang malam. Tiba-tiba insang aku muncul masa aku umur 17 tahun. Masa tu semua usaha aku sia-sia. Sebab tu aku cuba cari kerja dan minat lain yang boleh aku lupakan pasal berenang atau insang aku ni" kata Fuad sugul.

"tapi at least kau dapat selamatkan dua orang. Hani dan Aleya" kata Ezlan. Hani juga mengangguk setuju.

"cakap pasal Aleya... Kau tahu something ke pasal dia?" soal Fuad sambil memandang Ezlan.

"maksud kau?" soal Ezlan kembali. Dia tidak faham.

"masa aku jumpa dia, dia dah sampai kat dasar tasik. Ikan-ikan tu berenang kat sekeliling dia dah. Tapi Ikan-ikan tu tak boleh sentuh dia langsung" ujar Fuad.

"apa yang kau nampak?" soal Adan pula.

"dia macam duduk dalam satu belon yang besar. Belon tu yang lindungi dia dari ikan-ikan tu. Tapi dia tak sedar, dia macam tidur dalam tu"

"bila saya fikir balik, mungkin betul cakap Adan" kata Hani tiba-tiba.

"aku cakap apa?" soal Adan pula. Dia sendiri tidak ingat.

"masa kemalangan bas tu, Aleya tak cedera langsung" jawab Hani.

"ya, dia macam bangun dari tidur. Dia tak mengeluh rasa sakit pun" tambah Zana kerana dia lah orang pertama yang melihat Aleya selepas kemalangan.

Ezlan terdiam. Bukan setakat itu sahaja. Aleya juga terselamat dalam kebakaran 7 tahun lalu yang mengorbankan keluarganya sendiri.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now