Bab 44: Belon Lutsinar

1.5K 177 6
                                    

"Aleya mungkin tak dapat lari jauh" kata Adan.

"mana kau tahu?" soal Fuad.

"stamina dia lemah. Kau pun tahu" jawab Adan berdasarkan apa yang diperhatikannya selama beberapa hari di dalam hutan.

"tapi dia akan okay kan? maksud aku, dia boleh lindungi diri dia kan?" soal Fuad. Tiba-tiba dia berasa bersalah membiarkan Aleya seorang diri dikejar dubuk-dubuk.

"kau ada pistol?" soalan Fuad tidak berjawab sebaliknya Adan melihat sepucuk pistol di poket belakang Fuad.

Fuad mengangguk, "kitorang ambil dari lelaki-lelaki yang kawal bilik kitorang tadi"

"good job" Adan menepuk perlahan bahu Fuad.

Fuad mengelak pantas, "masa ni pun kau nak baca fikiran aku?"

Adan ketawa tidak percaya.

"aku nak tanya something...."

"apa lagi?"

"kau kata tugas kau adalah lindungi kitorang. Tapi kenapa aku rasa kau cuma menyusahkan kitorang sepanjang kat hutan tu?" soal Fuad selamba.

Adan mengetap bibirnya sebelum dia menepuk belakang kepala Fuad, "diam lah. Kau tahu tak macam mana kaki kau boleh sembuh dengan cepat? kalau bukan aku yang letak ubat masa kau tengah tidur, sampai sekarang kau tak boleh jalan tahu tak?"

Fuad tersengih, "oh ye ke?"

"sekejap" Langkah Adan terhenti. Dia menunduk dan melihat sesuatu di atas tanah. Dia menyentuh dengan hujung jarinya.

"kenapa?"

"tapak kaki dubuk... masih panas lagi" kata Adan. Matanya mula memandang sekeliling.

"maksud kau, dubuk-dubuk tu ada dekat dengan...."

"Fuad!" Adan menolak badan Fuad sebelum seekor dubuk menyerang dari arah kanan. Adan terjatuh dan dubuk bertompok tersebut sudah berada di atas badannya sambil cuba untuk mengigit.

Tiga ekor dubuk-dubuk yang lain juga menyertai serangan. Hilaian tawa yang nyaring jelas kedengaran seolah-olah mengejek mereka. Fuad mencapai pistolnya dan menembak beberapa das peluru ke arah dubuk-dubuk yang sedang kelaparan.

Tembakan mengena ke arah badan salah seekor dubuk. Dubuk tersebut berhenti menyerang, sebaliknya melarikan diri ke arah dalam blok berhampiran. Dua ekor dubuk yang lain turut membuat demikian, namun dubuk bertompok yang menyerang Adan masih tidak berhenti.

Fuad memegang pistol dengan kedua-dua tangannya yang jelas sedang bergetar, cuba menjadikan dubuk sebagai sasaran, namun sukar kerana dubuk tersebut bergerak dengan agresif.

Tangan Adan semakin berdarah menahan dubuk itu dari terus mengigitnya, "tembak je Fuad!"

"aku takut tertembak kau!"

"tembak je!" jerit Adan, terdesak. Urat-urat di lehernya jelas kelihatan.

Jari Fuad bersedia pada picu pistol. Dia harus melepaskan das pada waktu yang tepat, tetapi dia tidak yakin.

"tembak!" jerit Adan lagi. 

Nafas Fuad naik turun, dia menelan air liurnya sebelum menekan picu pistol.

BANG!

Entah dari mana, Aleya muncul dengan berlari ke arah Adan. Tembakan Fuad mengena ke arahnya, namun tidak mencederakannya. Aleya jatuh ke atas badan Adan dan dia menghalang dubuk dari menyerang. Ternyata dubuk tersebut tidak dapat menyerang Aleya, serta Adan.

Aleya bangun dan menarik tangan Adan untuk menjauhi dubuk. Mereka terduduk di atas tanah sambil melihat dubuk dan Fuad yang sama-sama keliru.

"Fuad, tembak!" arah Aleya. 

Fuad tersedar. Dia mula melepaskan das ke arah dubuk dengan mudah. Tembakkannya mengena dan dubuk tersebut lari ke dalam blok berhampiran sambil ketawa dengan nyaring.

Adan memandang Aleya di sebelahnya. Tangan kanan Aleya masih erat mengenggam tangan kirinya. Namun dia perasan akan sesuatu yang pelik. Dia kini berada di dalam satu belon lutsinar. 

Bagi Fuad, ini bukanlah kali pertama dia melihat belon tersebut. Pertama kali dia melihat adalah ketika Aleya diserang di dalam tasik. Namun bezanya, kali ini Adan juga turut berada di dalam belon tersebut.

Aleya terbatuk-batuk. Dia memegang dadanya, dia seperti sedang cuba untuk bernafas. 

"kau okay?" Adan memandangnya. Pada masa yang sama, belon lutsinar yang melindungi mereka lenyap.

"aku okay..." kata Aleya lemah.

Adan mengusap belakang badan Aleya. Banyak persoalan yang berada di dalam kepalanya, namun dia harus membiarkan Aleya untuk bertenang.

Telefon lipat model lama yang berada di dalam poket Aleya berdering. Adan menjawab panggilan itu, "korang kat mana?"

"helo Aleya? eh, Adan?" soal Hani di dalam talian.

"ya, aku Adan. Korang kat mana?" soal Adan sekali lagi.

"Adan, kita jumpa kat blok A. Kitorang dah tahu kat mana beg duit tebusan tu!"


🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Hari sudah pun mulai gelap. Aleya, Adan dan Fuad tiba di blok A sebelum mereka naik ke tingkat tiga seperti yang disuruh Hani.

Mereka tiba di unit bernombor A309, satu-satunya unit yang mempunyai cahaya, menandakan mereka semua sudah menunggu mereka. Fuad memusingkan tombol pintu sebelum menolaknya.

"Adan, awak cedera teruk!" soal Hani apabila melihat kedua-dua belah tangan Adan yang sudah berbalut berlumuran darah.

"dua kali dia kena serang" kata Fuad lalu menolong Adan duduk di sofa lusuh yang terdapat di ruang tamu itu.

Aleya menutup pintu. Dia kelihatan amat lemah.

"kau okay?" Ezlan memegang kedua-dua bahu Aleya. Berkerut dahinya. 

"Dia okay, cuma dia terkejut. Pertama kali dia dapat kawal kuasa dia tanpa pengsan" kata Adan. Dia melihat Aleya yang perlahan-lahan duduk di atas lantai.

"apa yang jadi tadi? Aku dengar bunyi tembakan" soal Ezlan.

"Kitorang kena serang dengan dubuk. Ada empat ekor semuanya. Sekarang dubuk-dubuk tu menyorok kat blok D lepas aku tembak diorang" terang Fuad.

"empat ekor? kitorang jumpa seekor lagi kat blok ni" kata Zana pula.

"tapi dubuk yang tu baik. Dia yang bagitahu kat mana duit tebusan tu" kata Hani.

"ada dubuk yang baik?" soal Fuad. Dia masih tidak dapat melupakan bagaimana dubuk-dubuk itu menyerang mereka.

"Dubuk jantan memang lemah dan selalu dipulaukan dari kumpulan. Mungkin yang serang awak tu pasangan dubuk yang kitorang jumpa tu, dubuk betina" terang Hani.

"jadi, kat mana duit tebusan?" soal Adan.

"Hani kata, ada orang lain selain kita kat sini" kata Ezlan sambil melihat ke arah luar tingkap, cuba untuk berjaga-jaga.

"penculik tu ke?" soal Fuad.

"Aku rasa macam tu, dan dia yang pegang duit tebusan tu" kata Ezlan.

"kali terakhir dubuk jantan nampak lelaki tu dekat bumbung blok D" ujar Hani pula.

Adan mengangguk perlahan, "kita kena cepat. Kalau tak, mungkin sampai bila-bila kita takkan dapat cari dia. Kita pun tak ada masa, kita kena balik ke masa depan"

"apa maksud kau?" soal Ezlan, dia mendekati Adan.

Adan memandang wajah mereka satu per satu, "korang masih tak sedar ke?"

"apa?" soal Fuad, tidak sabar.

"kita sekarang kat masa lalu. Tahun 1996" kata Adan.






Enam TerpilihWhere stories live. Discover now