Bab 12: Benci

2K 212 3
                                    

Aleya terjaga daripada tidurnya. Pakaiannya yang terasa basah membuatkan dia berasa tidak selesa. Dia terpaksa mengibas tanah-tanah halus yang melekat pada pakaian dan juga rambutnya.

Matanya memandang Hani yang masih nyenyak tidur. Sesekali terdengar dia mengingau perlahan sambil mengerutkan dahinya.

"macam mana dengan Hani?" soal Aleya kepada Zana yang duduk di sebelah Hani. Sejak tadi Zana setia memantau perkembangan keadaan Hani.

"dia dah mula demam. Badan dia panas" kata Zana dengan riak risau.

Aleya bangun daripada pembaringannya. Dia meletakkan tapak tangannya di atas dahi Hani. Memang benar, terasa sangat panas.

"mungkin dia terkejut tadi. Nasib baik Fuad ada. Kalau tak, aku tak tahu apa yang jadi kat Hani" kata Aleya. Dia masih terbayang bagaimana Hani terkapai-kapai di dalam air sungai tadi. Betapa cemasnya sehingga dia tidak mampu memberikan respon yang sewajarnya.

"tapi Fuad tu okay ke?" bisik Zana.

Aleya tidak memahami maksud soalan Zana itu. Kemudian dia menoleh ke belakang dan melihat Fuad sedang duduk termenung di hadapan unggun api. Sekali sekala tangannya bermain-main dengan kayu api sebelum memasukkannya ke dalam unggun.

"dah 2 jam dia duduk termenung macam tu" bisik Zana lagi.

"Fuad, kau okay tak?" soal Aleya tanpa ragu-ragu.

Fuad tersedar daripada lamunannya. Dia membalas jawapan dengan senyuman lemah sahaja.

"kau rehat lah dulu" kata Aleya.

"hmm" balas Fuad. Namun dia masih tidak berganjak.

Aleya memandang Zana semula dan berbisik, "dia penat kot"

Zana mengangguk bersetuju.

"tapi mana Ezlan?" soal Aleya apabila tidak melihat Ezlan berada di situ. Adan pula sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.

"lepas aku bagitahu Hani demam, terus dia pergi cari makanan"

"dia pergi sorang-sorang?"

Zana angguk.

Aleya mendengus perlahan, "baguslah pergi sorang. Lepas tu, kalau ada apa-apa yang jadi, salahkan kita pula"

"Aleya, sorry tau sebab tadi. Aku tak berniat pun nak tinggalkan korang" kata Zana serba salah.

Aleya memandang Zana. Dia pula berasa tidak sedap hati, "eh, aku bukan marah kau. Aku marah Ezlan tu. Dia yang tak tahu control marah dia"

Zana tidak membalas apa-apa. Dia tersenyum lemah.

Tidak lama kemudian, Ezlan tiba di situ dengan membawa dua biji buah mangga yang masih muda. Entah dari mana dia kutip dan kenapa pula dia cuma bawa dua biji sahaja, padahal ada enam orang di sini. Ezlan meletakkan buah tersebut di hadapan Aleya dan Zana.

"ini je yang aku jumpa" Ezlan duduk di sebelah Fuad.

Aleya menyentuh buah mangga tersebut. Bolehlah daripada tak ada langsung. Lagipun dia kasihan dengan Hani yang seperti tidak mempunyai tenaga.

"so, malam ni kita bermalam kat sini?" soal Zana.

Ezlan mengangguk, "terpaksalah kalau Hani tak sihat"

"kalau macam tu, kita kena cari makanan lagi. Dua biji mangga ni cukup untuk Hani je" cadang Zana.

"okay. Kita kena pergi sebelum hari gelap. Fuad, kau ikut aku" Ezlan memandang Fuad.

Fuad yang seakan-akan baru tersedar bertanya dalam keadaan bingung, "hah? Apa dia?"

"ikut aku pergi cari makanan" ulang Ezlan.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now