Bab 19: Kesemak

1.9K 204 18
                                    

"sabarlah weh!" jerit Adan di belakang.

Aleya memberhentikan langkahnya. Begitu juga mereka yang lain, melihat Adan yang terbongkok-bongkok mengeluarkan isi muntah darahnya ke atas tanah.

"lain kali, mulut tu jangan cakap lepas je!" marah Aleya apabila Adan menangguhkan perjalanan mereka, walaupun baru sepuluh minit mereka beredar dari tempat perigi lama tadi.

"kau okay tak?" soal Ezlan sambil menurunkan Fuad. Tangannya juga lenguh kerana terpaksa memapah Fuad.

"kau nampak aku macam okay ke?" kata Adan tanpa memandang Ezlan.

"aku tak tanya kau, aku tanya Fuad" ujar Ezlan selamba. Adan hanya memandangnya bengang.

"macam mana kalau Adan mati nanti?" soal Hani, gusar.

"kau boleh diam, tak?!" marah Adan dengan darah yang masih bersisa di bibirnya.

"kau yang sepatutnya diam" Aleya memberikan t-shirt terakhirnya yang dia ada kepada Adan, untuk mengelap mulutnya.

"alang-alang kita kat sini, baik kita discuss kat mana kita nak cari buah kesemak tu" cadang Fuad yang sedang duduk di atas tanah. Kakinya masih lagi berasa sakit.

"seriously, apa benda buah kesemak tu?" soal Ezlan.

"kesemak... buah pisang kaki?" Aleya memandang Fuad, meminta kepastian.

"apa benda pula pisang kaki tu?" Ezlan masih lagi clueless.

"persimmon lah lembap. Kau ni mesti budak bandar kan? tak tau jenis-jenis buah semua ni?" perli Adan dalam keadaan terbongkok.

"ah, persimmon. Tapi, aku tak pernah dengar pula persimmon tu local fruit kita. Selalunya negara Jepun banyaklah buah tu" balas Ezlan. Dia mempunyai pengalaman beberapa kali ke negara matahari terbit itu.

"yup, kat Malaysia bukan pengeluar buah kesemak, sebab pokok buah tu hidup kat tempat sejuk je" kata Fuad.

"manis dan dingin... patutlah" Aleya teringat kata-kata lelaki perigi itu tadi.

"apa kejadah orang melayu abad ke-16 makan buah kesemak? tak logik langsung!" kata Adan pula.

"setakat ni, ada ke perkara logik yang jadi kat kita?" bidas Aleya.

"apa pula maksud 'buah dewa'?" celah Hani.

"nama asal buah kesemak, berasal daripada perkataaan yunani, yang bermaksud 'buah dewa'" jawab Fuad seperti Google bernyawa.

"mana kau tahu semua ni?" soal Aleya, pelik.

"aku pernah terbaca" jawab Fuad.

"kau ada ambik bidang berkaitan dengan geografi atau pokok-pokok ke sebelum ni? kau macam expert" kata Ezlan pula. Dia teringat tentang pengetahuan Fuad berkenaan pokok Walking Palm yang tidak pernah diketahuinya.

Fuad ketawa kecil, "aku programmer"

"programmer? Lainnya bidang" Hani terkejut. Begitu juga Aleya dan Ezlan.

"well, tak semestinya kerja kita tu apa yang kita minat"

"apa yang aku minat pun aku tak tahu" ujar Aleya, tersenyum nipis.

"kau bukan tak tahu, kau cuma malas" sampuk Adan dengan muka yang pucat.

"dah habis keluarkan semua darah dari badan kau?" perli Aleya.

Adan menjelingnya.

"tapi boleh ke kita dapatkan buah tu tepat pada masanya? berapa? Dua hari kan?" soal Ezlan, sekali lagi berbalik kepada topik.

"dua malam..." Aleya membetulkan Ezlan.

"jangankan buah pisang kaki, setandan pisang biasa pun kita susah nak jumpa" sampuk Hani, mula berasa kurang keyakinan.

"sebab tu kita kena cari kat tempat pokok tu mungkin tumbuh" Fuad lalu mendongak ke atas, kelihatan sebuah gunung yang dilitupi awan.

"kau biar betul, takkan sampai kena hiking gunung tu?" soal Adan yang dapat mengagak apa yang ada dalam fikiran Fuad.

"pokok buah kesemak cuma tumbuh kat tempat sejuk, macam kat Cameron Highland" kata Fuad.

"so, kita takkan dapat jumpa buah tu dengan suhu kat sini?" Aleya bertanya.

"yes, sebab kita sekarang tercampak kat hutan pelik, bukan kat Cameron Highland!" bidas Adan lagi. Mulutnya dilap dengan t-shirt yang diberi Aleya.

"sebab hutan ni pelik lah, kita ada harapan" kata Fuad lagi.

"apa maksud kau?" Ezlan mengerutkan dahinya.

"cuba kau fikir, macam-macam yang kita jumpa kat hutan pelik ni. Pertama, pokok Walking Palm yang takkan wujud kat asia, tapi tiba-tiba pokok tu wujud kat sini, dan kejar kita macam raksasa. Kedua, habitat gorila yang tak sepatutnya ada kat sini, tapi diorang hidup bahagia. Jadi, tak mustahil kalau pokok kesemak yang cuma tumbuh kat tempat sejuk boleh hidup kat hutan tropika ni!"

"masuk akal..." kata Hani perlahan.

"betul, tapi kita kena ada arah. Kita tak boleh melilau cari je. Lagipun, kita ada time limit" ujar Aleya.

"macam mana dengan Zana? Bukan kita rancang nak cari dia ke semalam?" soal Fuad. Pelik juga apabila Aleya tidak menyebut langsung tentang Zana, padahal dia juga yang beria-ia pada malam tadi.

Aleya dan Ezlan saling berpandangan. Menunggu salah seorang untuk memberikan alasan.

"kita fokus dulu dengan situasi kita ni. Aku yakin, kita akan jumpa Zana nanti" ujar Ezlan. Dia yakin ramalannya betul, tetapi dia tidak boleh memberitahu kesemua itu kepada Fuad, Adan dan Hani.

"ayat kau lebih kurang sama dengan Aleya. Apa yang membuatkan korang yakin sangat ni?" soal Adan tiba-tiba. Pandangannya penuh syak wasangka.

Hani dan Fuad juga memandang mereka berdua lain macam.

"rasa yakin pun salah ke?" dalih Aleya. Anak matanya mula tidak tentu arah.

"dahlah, betul cakap Ezlan, kita kena fokus dengan situasi sekarang. So... kita nak pergi arah mana untuk cari buah kesemak tu?" kata Fuad yang membuatkan Aleya sedikit lega.

"aku cadangkan kita pergi ke arah atas gunung. Sebab lelaki perigi tu sendiri sebut pasal 'dingin'. Maybe itu klu dia yang buah kesemak tu ada kat atas gunung ni" usul Ezlan.

"okay, aku setuju" Fuad mengangguk.

"menyesal pula aku minum air perigi dia tu, haih!" Adan mengeluh.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now