Bab 17: Perigi

1.9K 206 2
                                    

   Tepat jam 8 pagi, mereka berlima meneruskan perjalanan untuk hari ke tiga. Ezlan membuat keputusan agar mereka harus mencari laluan sungai, kerana cara itu lebih berkesan daripada berlegar-legar di tengah hutan. Tambahan pula mereka sudah kekurangan sumber air dan badan masing-masing sudah tidak terhidrat. Kelaparan juga sudah memuncak, seperti 24 jam berpuasa. Buah mangga yang masam ternyata tidak membantu.

Namun, rintangan mereka adalah, mereka sudah kehilangan arah tuju, atau dalam erti kata yang lain, mereka sudah tersesat. Tidak ada seorang pun yang dapat mengesan arah menuju ke sungai. Keadaan lapar dan penat membuatkan mereka semakin menjadi keliru.

Ezlan terpaksa memapah Fuad sepanjang perjalanan. Mereka berdua mengetuai perjalanan mengenangkan Ezlan mempunyai sikap leader-obsession. Lantak dia lah, sebab sekurang-kurangnya dia boleh diharap, walaupun kadang-kala agak menjengkelkan. Hani pula mengekori di belakang, diikuti oleh Aleya dan Adan.

"bukan kita nak cari Zana ke? kenapa kita nak cari sungai pula?" soal Adan memecahkan kesunyian sejak 2 jam lebih mereka berjalan.

"ikut je lah cakap Ezlan" balas Aleya, acuh tak acuh. Seboleh-bolehnya tidak mahu membazirkan tenaga dengan bercakap.

"kau juga kan yang macam orang gila semalam, nak cari Zana? Kenapa tiba-tiba berubah fikiran pula?"

Aleya membetulkan beg yang digalasnya, "sebab kita akan jumpa Zana juga nanti"

"mana kau tahu?"

Soalan Adan dibiarkan tergantung sepi. Dia tidak boleh menjawab persoalan itu. Tidak mungkin dia mahu mengatakan kepada Adan yang Ezlan sudah meramalkan Zana akan selamat? Mengundang masalah.

"ke ada kena mengena dengan mimpi Ezlan?" soal Adan cepumas yang membuatkan Aleya terhenti langkahnya. Aleya tergamam. Entah mengapa dia begitu terkejut dengan tekaan tepat Adan.

"kenapa kau berhenti? Jalanlah" Adan menarik tangan Aleya untuk meneruskan perjalanan.

"aku... aku dapat rasakan Zana selamat. Tu je" jawab Aleya ragu-ragu. Dia sengaja mahu mengubah topik tadi.

"oh ye ke" Adan membalas ringkas sambil tersenyum nipis, "so, kau dah tahu apa mimpi Ezlan?"

Damn, dia ni tak habis lagi dengan mimpi Ezlan ke?

"apa maksud kau?"

Adan tersengih, "Dasyat juga perempuan sekarang ni kan? Bukan Whatsapp atau Facebook boyfriend je nak korek, tapi mimpi pun nak korek juga. Haish seram"

"kau dah kenapa? Dia bukan boyfriend aku" kata Aleya perlahan, takut didengari oleh Ezlan.

"well, manalah tahu cinta berputik kat tengah-tengah hutan ni" Adan mengenyitkan matanya membuatkan Aleya semakin malas mahu melayan.

"apa tu?" tiba-tiba suara Fuad kedengaran cemas. Ezlan yang memapahnya berjalan lebih cepat menuju ke arah hadapan mereka. Sebelah tangannya lagi sudah mengenggam kemas sebatang kayu sebagai langkah berjaga-jaga.

Aleya, Hani dan Adan yang pelik turut mengikut langkah mereka.

Sebaik sahaja tiba di situ, Aleya melihat sebuah perigi lama seperti yang selalu dilihatnya di Melaka, ketika mengikuti rombongan sekolah suatu masa dahulu. Senibina perigi yang mungkin diperbuat daripada batu tanah liat itu kelihatan menyeramkan, ditambah pula segala jenis lumut yang mengelilingi.

"macam mana perigi ni boleh ada kat tengah-tengah hutan ni?" soal Hani sambil cuba melihat ke arah lubang perigi. Gelap.

"perigi lama" Fuad menahan badannya dengan memegang perigi tersebut, membolehkan Ezlan berehat setelah berjam-jam memapahnya.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now