Extra: Behind The Plot

2.1K 263 43
                                    

Idea

Sebenarnya sebelum aku dapat idea untuk Enam Terpilih ni, aku ada baca cerita survival yang lain. Tapi aku tak puas hati dengan plot cerita tu, jadi untuk buat aku puas hati, aku pun tulis lah Enam Terpilih ni. Aku pun tak pernah tulis genre yang ada action dan survival, jadi aku nak cabar diri aku.

Tapi, aku bila aku tulis, aku selalu menyesal tulis genre macam ni sebab susah gilaaaa. Kadang-kadang sakit otak aku fikir idea.

Cerita ni pun banyak action, so bila aku habis tulis, aku sendiri yang rasa penat. Aku tak tahu kenapa.

Ada idea yang aku dapat dari tengok tv. Contohnya pokok Walking Palm tu, aku tahu masa tengok variety show korea. Dubuk tu pula, kebetulan ayah aku bukak National Geography kat tv.

Ada juga idea yang aku randomly tanya kat kawan aku, "kau paling takut binatang apa?". Dia jawab, "labah-labah dengan lipas".

Lepas tu, aku buat lah research sendiri. Sebab tu lah ambik masa untuk tulis, sebab nak kumpul idea tu pun makan masa.

Plot

Ini jadi masalah untuk aku sebab aku kena jadikan semua plot konsisten. Lagi-lagi, semua plot berkaitan antara satu sama lain dan pasal ramalan. Kadang-kadang bila aku tak tulis lebih dari 3 bulan, aku lupa plot aku dan terpaksa baca dari bab 1 semula.

Watak

Jujurnya aku tak ada watak favorite. Tapi kalau kena pilih, aku pilih watak Adan. Sebab dia sangat tenang, dan dialog dia cuma menyampuk je.

Watak yang paling aku tak suka... Zana kot. Aku sendiri tak tahu kenapa aku bagi kuasa dia yang tu, sebab macam paling tak berguna haha.

============================

Okaylah, finally cerita ni habis selepas 4 tahun, since 2017. Kalau aku ada masa aku akan edit lagi apa-apa yang aku rasa tak kena dengan penulisan aku.

Sebenarnya antara faktor aku slow update, sebab aku bekerja. So, bila aku work from home sebab mco, baru aku ada masa untuk tulis.

Walaupun aku tak reply comment atau private message, tapi sebenarnya aku baca semuanya. Terima kasih sebab support aku... kadang-kadang bila aku stress dengan kerja, dapat notification orang comment suka dengan cerita ni, aku tersenyum sendiri.

Baiklah, sampai sini jelah, bye! 🐤

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now