Koreografi

141 6 3
                                    

Aku takkan pernah leka untuk merangka langkah di dalam teater arahan aku sendiri, yang berwatak utamakan aku sendiri; bilamana setiap lenggok yang dicantas di ruang pentas itu, aku sinkronisasikan dengan tiap degup dan irama jantung sendiri, lantas aku membina ensemble terakhir daripiada ritma yang dimainkan di keliling pentas, menandakan tentang transisi dari setiap koreografi yang telah aku rancangkan.

Dan, di tiap transisi itu, akan kelihatan langkah lelah yang terkeluar dari landasan; bilamana langkah itu yang menjadi perhatian penonton untuk dikeji-maki, untuk dicerca dan dibisik-omokkan di telinga penonton di sebelah kiri. Lalu, aku perbaiki dikit-dikit langkah koreografi tersebut, agar tidak terlihatkan di mata penonton yang memerhati menanti goyah.

Dalam masa aku merangka, akan juga tiba masa di mana aku terhenti dari mempunyai idea, kerana tiap-tiap masa seperti itu, aku adalah penari yang hilang langkah dan musik yang mengiringi. Hanya mampu terduduk di tengah pentas, lalu menyorokkan muka di balik leotad berwarna kelabu.

Pada masa itu, datang seorang penari dari sisi pentas, merangkul sebelah tangan aku untuk kembali bangkit merangka tari seterusnya, sambil kekal erat merangkul jejari aku untuk membantu dalam mencipta tarian yang bakal aku kongsi bersamanya. Diteman dengan musik baru yang ada sedikit nada romantis di sisinya.

Tibanya pada akhir ensemble itu, tatkala kaki aku mula melepuh menahan sakit, dia merangkul aku lalu duduk di hujung pentas, sambil memadam perlahan piring hitam yang berputar lemah. Dan aku, sambil tersenyum menarik perlahan tirai, dan menutup pentas buat kali terakhir.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now