Pelakon

5 1 0
                                    

Pada saat teater terakhir ini dipentaskan, bila mana ruang interim diambil sebagai waktu rehat dari berpura-pura, akan ada beberapa orang pelakon yang kekal dengan watak mereka; tidak jelas sama ada mereka telah lupa akan diri sebenar mereka, ataupun watak yang dilakonkan itu telah terasimilasi menjadi personaliti diri sendiri. Kadangkala, 'pelakon-pelakon' ini telah melupakan watak sebenar tanpa sengaja; mungkin kerana telah terlalu lama memakai solekan di muka yang menutup wajah sebenar.

Bagi golongan-golongan ini, mereka adalah dalam golongan pelakon pelakon elit. Kerana telah terbiasa dengan watak yang dicipta-reka, mereka meninggalkan diri mereka yang lama ataa dasar tidak mahu kehilangan penghayatan yang didapati dengan jerih dan lelah. Namun, ada satu masa yang mereka gunakan untuk kembali semula ke diri sendiri, meski hanya sebentar sahaja. Bukan selepas tamatnya teater, juga bukan selepas keraian menyambut keajaiban di dalam auditorium.

Satu-satunya masa mereka melupakan watak mereka adalah di rumah, di dalam ruang mandi, di hadapan cermin, apabila losyen dan air melunturkan solekan yang dipakai sedari pagi, air paip yang bercampur sama nisbahnya dengan air mata yang ditahan; kerana wataknya pada hari itu dan hari-hari yang lain adalah watak seorang yang gembira; lalu solekan yang ditacap itu digunakan seperti topeng. Cuma topeng yang dipakai itu adalah terlampau indah pembuatannya sehingga dapat menutup cela di bawahnya secara total.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now