Teater Seorang Pelakon

6 0 0
                                    

Tirai ditutup perlahan dengan tepukan separuh jiwa daripada penonton. Lampu sorot tadi belakang pentas mula digelapkan; dewan mulai kosong seiring dengan alunan perlahan muzik iringan keluar. Usher mula menutup satu demi satu pintu, sambil tertawa sesama sendiri, menceritakan tentang teater yang baru sahaja dipentaskan, dengan pelakon pelakon amatur yang pertama kalinya menjejak pentas; dengan kekok kakinya, kayu eksperisinya, gagap dialognya. Terdengar bisikan kecew dan bisikan mengeji daripada mulut penonton yang baru keluar, mereka-mereka yang datang bersut Dior dan berkasut tinggi Jimmy Choo. Mereka yang sibuk memuatnaik status di laman sosial dengan iPhone dan Samsung Galaxy S7.

Dan di belakang pentas, pelakon dan kumpulan sokongan sedang bersiap-siap untuk menutup dan mengemas.

Mereka sedang ketawa dan tersenyum.

Mereka tidak mengambil endah tentang apa yang terjadi di atas pentas. Mereka berada dalam kalangan golongan yang sekepala; golongan yang mencintai perkara yang sama, bukan direka-reka. Tidak mengambil pusing hentaman yang bakal diterima, kerana mereka tahu bahawa mereka telah bercerita. Mereka telah menyampaikan apa yang mereka suka. Bagi mereka, cerita yang mereka sampaikan itu lebih penting dari cara penyampaian, dan mereka telah boleh melepaskan nafas dengan lega.

Namun, di satu sudut, seorang dari mereka sedang termenung. Bermain dengan helaian skrip tanpa sedar, sambil mulutnya masih membisikkan satu-satunya dialog yang diberikan kepadanya; "Dunia semakin dekat dengan tarikh tamat tempohnya." Dia masih ingat, bila mana sampai gilirannya untuk menyampaikan dialognya, matanya tertumpu pada mereka yang hadir, tetapi tangan dan kaki terikat pada dimensi yang lain. Mata mereka masih memandang pada pentas, terapi jiwa dan perasaan mereka seolah-olah telah mati. Namun, tamat sahaja teater itu, apabila tirai dilabuhkan, hati mereka seperti hiduo semula; direnjat kembali untuk kembali bernyawa.

Dia hairan. Bagaimana mereka boleh berpura-pura dalam masa dua ketika, bila mana dia menyampaikan dialognya? Ataupun bukan mereka yang terperangkap, hanya dia seorang yabg terikat jiwa dan raganya pada pentas tidak bernama?

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now