Pulang

12 2 2
                                    

Berdirilah, dan kembali melihat dunia. Bertatih-tatih seperti awal dahulu, dan sikit-sikit menari perlahan. Tidak perlu sebegitu pantas. Ambillah beat mudah satu dan dua, dan mungkin esoknya teruskan ke depan dengan compund beat yang dahulunya mudah sahaja.

Mungkin dahulunya konserto itu adalah seperti bermain rekorder dengan rentak Negaraku. Mungkin Flight of the Bumblebee itu semudah Bangun Pagi Gosok Gigi. Tidak mengapa jika kini yang mudah itulah seperti cuba memperbetul nada sebuah organ klasik. Bangun kembali, dan mula cuba merangkak dan berdiri.

Tidak perlu terus membuka langkah dan pencak. Cukuplah belajar kembali bertatih kiri dan kanan. Tidak perlu terus menulis novel dan biografi ternama. Cukuplah menulis kembali pantun dua kerat setiap hari.

Ya, peluang dan ruang yang sama tidak akan kembali lagi. Namun bila tiba masa, akan sampai yang baharu, yang mungkin lebih baik dari dahulu. Kembalilah bertatih kembali, dan mengorak langkah kanan dan kiri.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now