Terima Kasih

50 2 0
                                    

Aku hairan, tentang mereka-mereka yang boleh menulis tiap-tiap masa. Tentang mereka-mereka yang tiap kali pena terangkat, tiap kali itu ada tulisan yang tertinggal. Sejujurnya, aku bukan seperti mereka-mereka itu. Aku adalah dalam kalangan beberapa peratus yang perlu duduk diam di mana-mana, dan berharap apabila aku menyimpan kembali pena dan buku nota, sudah ada beberapa potong ayat yang telah tertulis di atasnya. Aku senantiasa memerlukan katalis-katalis untuk aku ambil sebagai pemudahcara untuk aku kembali menulis dan bercerita, meski aku tahu tiada yang mengambil pusing, sebenarnya.

Lalu, kali ini aku mahu sampaikan sekalung kasih kepada kamu yang menjadi pemangkin untuk aku menulis sejak kini dan dulu. Kamu yang tiap masa memberi inspirasi, meski kamu hanya sedang mengunyah burger di hadapan aku.

Kerana atas kamu itu, aku kembali untuk menari dengan pena dan buku nota baharu. Pena dan buku nota yang tidak terdapat di mana-mana dan tidak dapat dilihat siapa-siapa.

Izinkan aku menulis berpenakan jejari mulus kamu, dan izinkan aku menulis di atas buku nota berbentuk hati milik kamu.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now