Surat Cinta Ini

39 0 0
                                    

Surat cinta ini;
Aku sampaikan pada mereka-mereka yang menanti
Elus lembut pada rambut yang dikirai sendiri
Dibelai perlahan dengan suara-suara yang sepi
Walau jauh di sudut itu mereka mengerti
Bahawa Tuhan belum mahu memberi hati

Surat cinta ini;
Aku sampaikan pada mereka-mereka yang sepi
Kerna pada hari ini semua orang adalah pria dan srikandi
Meski hati dan jiwa sudah separa mati
Aku agahkan semua supaya terus dan kekal berdiri
Walau terpaksa aku gerakkan sendiri tangan dan kaki

Sekian kepada semua yang walang;
Mungkin Tuhan sengaja terlepas pandang
Kerna Dia tidak mahu kalian terlalu girang
Lalu teruslah kalian duduk bersidang
Mencari perhentian di jalan yang separa terang
Kerna yang tiada tidak bermakna ia telah hilang

Buat mereka yang pada fikiran mereka telah sesat dan tidak berjumpa dengan jalan untuk pulang, di sini, ikutlah aku dalam terus-menerus berpencak dan menggubah langkah tari yang baharu; langkah tari kanan dan kiri untuk terus bertatih mencari diri.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now