Gerimis September

28 2 0
                                    

Sebelum aku mulakan, maaf kerana tulisan kali ini adalah tulisan cinta-cinta, sesuatu yang aku jarang lakukan. Ye lah kan. Forever alone katanya! Tetapi, tulisan kali ini adalah untuk kamu, yang aku tuliskan fasalnya di dalam cerita terdahulu, Koreografi dan KAMU: Kebanggaan Aku.

Topi pemberian kamu itu, masih lagi aku simpan dan gunakan; hadiah yang mungkin bagi orang lain adalah sesuatu yang biasa dan tidak punya signifikan. Sesuatu yang bagi yang lain mungkin tiada nilaian romantik padanya, hanya sesuatu yang dipakai di kepala.

Hari ini, 7 September, dan hujan datang membasahi bumi. Mungkin, Dia mahu menunjukkan yang kau rindu pada aku. Aku menyarungkan topi pemberian kau, dan aku merasakan seperti kau ada di sini, sedang memayungi aku daripada gerimis September yang membasahi.

Sepertinya, kau sedang menutup dan mengusap lembut rambut aku, sambil berbisik tentang cerita-cerita kita, tiap satu memori yang tersimpan kemas di antara tiap helai rambut yang kau elus perlahan, hingga berbondong-bondong mata aku makin tertutup perlahan.

Terima kasih, kerana ada di sisi untuk menghalang aku dari digigit gerimis September yang turun tanpa belas, atau mungkin juga sebenarnya itu adalah doa dari kau, agar aku memakai topi ini dan teringat kepada kau, kebanggaan aku.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now