Terima Kasih

32 2 0
                                    

Terima kasih, kerana kekal menerima aku yang tidak punya apa-apa; hanya ada sehelai kertas dan sebatang pena, untuk bercerita tentang masa-masa kita yang tidak ada garisannya.

Terima kasih, kerana tetap memegang janji dengan penuh rela; meski kau tahu yang engkau tidak pernah terpaksa, kerana itu adalah kata-kata seorang pencinta pada kekasihnya.

Terima kasih, kerana selalu ada bila mana aku dalam keadaan segalaunya; walaupun jarak sentiasa menjadi penghalang jiwa, sering menjadi sebab untuk cemburu menjengah kepala.


Terima kasih, kerana menjadi kebanggaan aku sehingga kini.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now