Kamu: Satu Kebanggaan

105 6 0
                                    

Tiap kali aku melihat susuk tubuh itu, aku akan berkata kepada diri sendiri, betapa bertuahnya aku kerna mempunyai seorang yang begitu sempurna. Seorang yang kekal berada di belakang meski aku terlalu buta untuk menyedari perkara itu. Dan, tidak keterlaluan untuk menyatakan yang aku ini bodoh kerana tidak menyedari perkara itu; kerana mata aku melihat pada sesuatu yang tidak mempunyai signifikasi sebenarnya; dengan persoalan yang aku letakkan pada diri sendiri: apa aku meletakkan beras pada periuk yang tidak punya api?

Aku ini dalam kalangan mereka-mereka yang gagal. Kerana aku gagal untuk bersifat jujur pada diri sendiri. Tidak mampu untuk menyatakan sebabnya, mengapa aku masih kekal menipu perasaan sendiri, sedangkan aku sibuk mencanangkan pada yang bertanya, tentang betapa pentingnya kau sebelum kau pentingkan yang lain.

Kamu, adalah satu kebanggaan buat aku. Bukan atas dasar siapa kamu di depan mata aku, tetapi siapa aku di depan mata kamu. Bila mana aku melihat kau memandang aku dengan penuh rindu, dan aku rasa seperti yang aku adalah yang ter-bertuahnya di dunia ini. Kerana pada akhirnya, aku berjaya membuatkan seseorang itu melihat aku seperti seorang bayi melihat patung mainan kegemarannya. Seperti seorang pemuisi melihat karya teragungnya. Seperti seorang pemuzik melihat ensemblenya dimainkan di layar televisyen. Seperti itu.

Terima kasih, kamu.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now