Selamat Malam, Kekasih

53 2 0
                                    

Tidurlah sayang dalam lenamu

Dan aku akan kekal di sisi tanpa ragu

Hingga tiba masa nanti, bila mana Tuhan menghulur helaian bertulis tamat. Dan aku hanya mampu tersenyum tanpa perasaan. Mungkin, sudah tiba masa untuk aku berhenti dari mengganggu lena tidurmu, dan membiarkan kau bermimpi yang selain daripada aku. Kerana, kadangkala aku sendiri terfikir akan masa yang bakal tiba, bila aku akan mengembara ke fasa seterusnya.

Tidurlah sayang dalam lenamu

Dan aku akan kekal di sisi tanpa ragu

Aku sedar yang aku terlalu mementingkan diri untuk mengharapkan sesuatu yang memang mustahil untuk ada selamanya. Kerana tiap-tiap sesuatu pasti akan ada tarikh luput yang menunggu untuk muncul. Sedangkan siang juga akan sampai malamnya. Malam juga akan bertemu cahaya pada akhirnya. Tetapi aku terlalu ego untuk menyatakan tentang pahitnya perpisahan. Mudah. Aku takut tentang sesuatu yang tidak kekal.

Tidurlah sayang dalam lenamu

Dan aku akan kekal di sisi tanpa ragu

Mungkin, sudah tiba masa untuk aku berhenti dari menjadi seorang yang mementingkan diri. Sebanyak mana masa yang aku ada, sudah tersurat di depan Dia. Aku hanya mampu menghadapi dengan rasa yang berbelah bahagi, kerana aku masih belum bersedia untuk pergi. Namun, andaikata sampai masa nanti, akan sampai momen untuk aku mengucapkan selamat malam, dan memberikan kucupan buat kali terakhir.

Tidurlah sayang dalam lenamu

Maafkan aku untuk tidak lagi bertamu

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now