Ensemble Tanpa Penamat

29 2 0
                                    

Tutuplah matamu sayang
Buat kesekian kalinya

Kerana,
Aku adalah dalam kalangan mereka-mereka yang gagal dalam dunianya sendiri; seorang yang tidak pernah berjaya dalam membuat haluan sendiri. Jadi, izinkan aku untuk menutup tirai buat ensemble yang sedari dulu aku cuba mainkan meskipun tiada konduktornya untuk memperbaiki tiap-tiap skor yang lompong di sana sini, cuba untuk mengisi lubang di stave yang sepatutnya terisi dengan cerita kita.

Lalu;
Aku tamatkan sahaja di sini. Izinkan aku untuk memadam terus bahagian-bahagian yang tidak lagi mampu untuk aku karangkan, kerana seperti yang kau tahu, aku adalah komposer yang hanya mengharapkan pada irama sempurna yang sudah pasti tidak dapat aku capaikan; hinggakan terlupa pada tanda rehat dan bridge yang tidak mampu dilakukan.

Jadi;
Padamkanlah segala apa yang kau anggap sebagai irama untuk kau iringi dalam ensemble yang gagal ini, dan aku akan terus meletak baton di tepi dan berlalu pergi, menutup sendiri tirai di pentas yang aku yakin, tidak akan menemui audien sampai masa ia roboh nanti.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now