Affogato Vanilla Buat Peneman

93 4 0
                                    

Aku ada satu kegemaran yang aku simpan selama ini. Seorang peminat tegar kopi hitam yang tidak punya gula dan manisan. Aku suka rasa pahit yang diberikan daripada setiap sisipan kecil yang aku cicipkan di bibir, bertemankan sebatang Winston merah dan sepotong kek Black Forest yang kau tahu kegemaran aku. Kali pertama berjumpa, aku sengaja membiarkan kau memilih dahulu minuman dan makanan, dan kau memilih secawan Affogato Vanilla serta sepotong Red Velvet.

Aku hairan. Aku tidak berapa sukakan makanan dan minuman yang manis. Lebih menggemari yang pahit-pahit sahaja. Tekak aku telah terbiasa dengan makanan dan minuman sebegitu. Jadi, aku memilih untuk mencuba juga Affogato tersebut, dan memilih sepotong kek Chocolate Indulgence. Kedua-duanya manis. Dan aku tidak menggemari kedua-duanya. Sungguh.

Tetapi, pada hari ini aku bertemankan kedua-dua yang tidak aku gemari. Secawan Affogato Vanilla dan sepotong Red Velvet, dan memori dahulu. Bezanya, ada satu yang aku gemari dalam perkara yang aku lalui pada hari ini. Memori tentang kau, yang di mana sahaja aku pergi, akan datang mengekori.

D��4李

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now