Kisah yang Tersekiannya

22 0 0
                                    

Percayalah apabila aku perkatakan, bilamana diletakkan tajuknya sebegini akan ada yang duduk meringkuh di tepi; kononnya lucu untuk dipermainkan perasaan seorang yang menanti. Kerna bagi mereka, perasaan itu adalah seperti peranti permainan video yang menunggu untuk menjadi obselete;
menunggu untuk tiba masa untuk dinyah-teruskan.

Ingatlah satu permata ini. Perasaan itu adalah sesuatu yang akan tetap disegar-kan tidak kira berapa lama ianya disambil-lewakan. Tiap-tiap perkataan dan cerita yang terhasil daripada perasaan itu adalah didakwatkan dengan air mata yang disimpan dalam sedari dulu; disangkarkan di balik sangkar emas bermanggakan baldu.

Sampai masanya, penulis itu akan sampai pada penamat ceritanya, dan ia bukan kerana dia telah kehabisan kertas untuk terus menulis. Kerana seorang penulis itu telah kehabisan air mata untuk dijadikan dakwatnya, telah kering untuk diperahkan ke atas kertas untuk dikarang menjadi cerita.

Tetapi, secara harfiahnya masih ada dakwat simpanan yang bakal digunakan apabila orang lain mahu menulis dan menyambung kisah penulis yang sudah tamat lipur-laranya. Dakwat yang diambil dari pembuluh paling besar yang terdapat di dalam tubuh penulis yang dinamakan. Pembuluh yang datangnya terus daripada hati yang telah koyak menunggu kering kontang, apabila darah segar yang mengalir dijadikan dakwat buat bercerita.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now