Sekiannya

8 0 0
                                    

Izinkan aku untuk menulis coretan yang bakal menjadi kenangan tentang cerita-cerita aku yang bakal menemui noktahnya tidak lama lagi. Kerana, bagi seorang penulis yang narsistik seperti aku, kebanggaan yang terulung adalah apabila pembaca yang menatap tulisan aku dapat membayangkan perit dan jerih yang aku terbitkan tiap kali aku menaip satu-satu perkataan. Cerita yang kadangkala, tidak ada signifikasi kepada orang yang membaca, namun tetap memberikan kesan yang lukanya lebih dalam daripada peluru buta yang hinggap di penjuru rangka.

Cerita yang bakal tamat tidak lama lagi ini adalah cerita yang membosankan. Tentang terkilannya seorang yang tidak dapat menerima luka yang diberikan hidup kepadanya, walhal luka-luka itu jika ditunggu sembuhnya bakal menjadi tanda yang membuktikan dia seorang yang berjaya menahan jerih sakit untuk menjadi seorang manusia. Cerita ini adalah saru biografi nipis yang tebalnya tidak sampai satu muka surat, kerana tidak ada apa yang dapat dibanggakan penulisnya; lantas cerita yang sepatutnya dihabiskan ditamatkan terus kerana pena yang sudah tumpul hujungnya.

Selaku seorang penulis yang kadangkala mahukan penulisannya disanjung, aku mengakui pada masa nota terakhir ini ditulis, hanya ada satu perkara yang aku harapkan terjadi. Di mana ada keajaiban yang membuatkan pena yang bakal tumpul ini kembali tajam supaya cerita yang akan tergendala secara total ini dapat ditamatkan dengan penamat yang sepatutnya.

This will be the last writing that I will post here. May this final piece be a memory. Goodnight.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now