Bangkit

37 0 0
                                    

Catatan ini, aku khaskan buat mereka-mereka yang selama ini merendahkan aku kerana ketiadaan suatu harta dunia yang digelar sijil; kerana aku seorang yang pernah menyerah atas takdir-takdir Tuhan, dan aku pernah berfikir tentang betapa aku ini seorang yang gagal. Seorang yang, pada pandangan umum adalah seorang yang tidak akan mampu mendayung mengharungi lautan dunia dengan ombak yang berkaki tingginya.

Lalu, aku membuat sebuah sampan sendiri, berbekalkan apa yang aku pelajari di luar sekolah, perkara yang aku kaji sementara aku belajar sedikit-sedikit untuk berenang tanpa ada bantuan pelampung ada boya untuk aku mengapungkan diri. Aku belajar untuk membina sesuatu daripada kosong; belajar untuk berdiri sendiri tanpa adanya sekeping kertas bertulis CGPA untuk menampung jatuh dirinya aku.

Meski ada yang sinis memerhati dari tepi, aku hanya mampu membina dikit-dikit daripada apa yang ada di sekeliling, mencari cara untuk aku bangkit kembali mencapai apa yang dulu aku bayangkan hanya sebagai harapan yang tidak mampu aku capai, atas dasar momokan mereka di keliling yang kini aku tahu, adalah ibarat virus yang hanya mampu berkata dan melihat sinis.

Kini, mahu sahaja aku tunjukkan kepada mereka-mereka ini tentang apa yang telah aku capai dengan tangan dan kaki sendiri, dan biar aku layangkan tiap-tiap tulisan aku yang sedari dulu membuatkan aku bangkit berdiri dengan sendiri, kerana tiap-tiap tulisan aku itu adalah anak-anak minda yang aku simpankan sehingga sampai masa nanti.

Lihatlah.

Aku yang mereka katakan sebagai gagal dahulu kerana tiada token yang dianggap wajib oleh masyarakat. Dan jadilah aku ibarat rumpai yang kekal gigih hidup meski dibenci-caci.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now