Perhentian Terakhir

12 0 0
                                    

Akan sampai masanya, bila mana tiap-tiap yang bermula itu akan bertemu dengan pengakhirannya; kerana pada harfiah kejadian, tiap-tiap satu itu ada yang akan menamatkannya. Tidak ada yang kekal bersemayam melainkan Dia, yang mencipta segala. Bertabahlah bagi setiap yang telah merasa kehilangan, dan bagi mereka yang belum pernah, maka bersedialah. Daripada Dia kita datang, dan kepada Dia lah kita kembali.

Seperti aku. Aku juga kian mendekati apa yang suka untuk aku perkatakan sebagai perhentian terakhir. Perhentian yang paling lama untuk aku berhenti, sebelum aku meneruskan perjalanan menuju ke tempat tamat. Mengapa aku perkatakan ianya sebagai perhentian terakhir, sedangkan sebelum ini telah banyak perhentian yang telah aku singgah dan aku jengah? Entah. Kerana perhentian yang tersekiannya ini, adalah satu dalam seribu.

Aku tahu. Masa yang ada mungkin tidak banyak lagi untuk aku. Bila-bila masa sahaja Dia akan kembali menuntut apa yang dipinjamkan, kerana seperti yang sedia maklum, pinjaman-Nya hanyalah sementara. Dan, di perhentian terakhir inilah; izinkan aku untuk duduk lama sedikit. Biarkan aku menikmati buat kali terakhir sebelum aku bergerak pergi.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now