Langkah

42 2 0
                                    

Kadangkala, aku lebih selesa duduk sahaja di tepi jalanan, melihat gerak-geri homosapiens yang tidak aku kenali, mencari dunia, meski mereka-mereka kesemuanya tahu di bawah minda separa sedar, bahawa dunia hanya tempat singgah-singgah untuk mencari bekal. Namun mereka tetap bertolak-siku mahu ke depan, mencari sesuatu yang sementara.

Bila mana itu berlaku, aku hanya akan tersenyum. Mengapa? Kerana aku seperti sedang melihat cermin. Bukan. Seperti sedang melihat tayangan semula zaman aku setahun jagung dahulu. Zaman aku mula-mula mengenal dunia, zaman aku sedang belajar bertatih-rangkak.

Jadi momen aku meliht itu, aku membayangkan seperti aku sedang melihat layar yang sedang menayang tiap-tiap yang aku lakukan dulu. Dan aku belajar mengasimilasi. Aku belajar dari apa yang aku lihat, dan mengorak kaki ke depan, langkah demi langkah.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now