Kali Terakhir

34 2 0
                                    

"Saya nak tanya sesuatu pada awak. Boleh?" Aku melemparkan soalan cepumas.

"Apa dia? Tanya je lah." Dia seperti hairan, memandang aku dengan tanda tanya.

"Andaikata ini kali terakhir kita berjumpa, awak nak buat apa?"

"Huh? Apa awak mengarut ni?"

"Jawab sahajalah. Ni soalan 'random'."

"Hmm. Entahlah. Sebab saya tak pernah rasa ketiadaan awak."

Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya, menggaru kepala sambil memikirkan jawapan yang mungkin dikarang rapi untuk tidak menyinggung perasaan aku. Aku membuka kembali emel daripada pihak hospital, dan berkira-kira mahu memberitahu dia ataupun tidak.

Tapi, aku pengecut untuk memberitahu hal sebenar. Jadi aku hanya berdiam diri, dan menutup kembali telefon bimbit aku.

"Kalau saya jadi awak, saya akan jadikan kali terakhir ini sebagai hari paling indah, dan berfikir suatu hari nanti, bila saya teringatkan awak, kenangan yang kita simpan untuk yang kesekian kalinya."

Dia masih lagi kelihatan bingung dengan apa yang aku perkatakan. Mungkin sedang menimbal kembali. Entah. Aku memberikan dia 'benefit of the doubt'. Dan pada masa yang sama, aku mahu jadikan kali terakhir sebagai yang paling manis, sebelum aku terpaksa pergi.

"Awak tahu kan, saya sayang awak?" Aku bertanya sekali lagi, sambil memadam emel tadi.

s

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now