Cokmar Berkepala Babi

11 1 0
                                    

Terletak diam di penjuru
Sebatang cokmar yang diselaput debu
Pangkalnya berekor anjing
Kepalanya terukir babi
Dihayun-hentak mereka-mereka yang berkulit ular
Menebar dedak dan debu yang dikatakan emas
Sambil melaung cita-cita yang diulit nista

Perkatakan kepada ular-luar tersebut
Tentang lubang-lubang di pangkal akar
Pohon yang ditanam buat samaran
Ditutup dengan daun-daun perang yang berurat dua
Lantas ular-ular itu akan menyorok dibalik helang
Yang acap kali diberi tikus buat sembahan

Tinggal di keliling mereka arnab-arnab
Kesempitan di celahan perangkap
Meraba jalan keluar dengan mata yang buta
Sambil disua dedak dan debu
Berkilau seperti emas palsu di keliling kaki dan lengan

Tiba masanya, keluar sang serigala dalam kalangan arnab yang buta
Diam-diam menyua dedaun segar
Sambil cakar dan taring berkilat disiram darah
Bisiklah apa sahaja
Kerana arnab itu semuanya buta

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now