Dua Puluh Tiga

2 0 0
                                    

Sejujurnya, dua puluh tiga tahun berpencak langkah, Tuhan tidak pernah menunjukkan sesuatu yang boleh aku perkatakan sebagai 'pengalaman'. Mungkin kerna aku sendiri yang terlalu dangkal, atau ianya adalah seperti perkara-perkara lain yang disembunyikan; perlu ditaklik sendiri bila mana lampu telah padam; bila tiba masa untuk rehat menunggu masa seterusnya.

Iya. Dua puluh tiga adalah satu tempoh masa yang terlalu singkat untuk aku berkata apa-apa, lantas selalu dipandang remeh atas dasar masih terlalu muda. Masih terlalu 'jagung' untuk berbicara. Dan aku sudah biasa begitu, lantas sembilan dari sepuluh perkara, aku simpankan sahaja atau aku sampaikan pada mereka yang lebih tua supaya mereka mendapat kreditasi apabila mereka berbicara tentang buah fikiran aku sebenarnya.

Mungkin, aku bersifat sedikit narsis bila berbicara sebegitu. Tapi, aku mahu bertanya, andaikata aku berbicara atas kapasiti sendiri, mampukah mereka menerima, atau adakah ia akan menjadi seperti dahulu, bila mana buah fikiran itu diletak atas jaringan salai, tetapi dibiarkan dibakar tanpa bara untuk memasaknya?

Dua puluh tiga adalah satu tempoh yang terlalu muda. Tapi dua puluh tiga itu jugalah yang cuba membawa buah yang telah masak luar dan dalamnya.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now