Selipar Buruk

46 1 0
                                    

Entah kenapa, mata aku tertancap pada kaki sang pengemis yang menguis tong sampah, mencari mkan sesuap dua. Kaki yang hanya beralaskan selipar buruk Jepun buruk berlubang-koyak. Tiap kali tuan kaki itu melangkah, tiap kali itulah aku mendengar lecah-lecah, yang aku pasti kerana tapak selipar yang telah haus ditelan masa. Lima enam langkah, dan sang pengemis perlu menunduk memperbetul tali rafia longgar, menanti tetas dan putus.

Tetapi, aku melihat sang pengemis itu gembira sebegitu. Bersiulan riang sambil membaiki selipar buruk itu, yang aku yakin telah bersama dengannya sekuarang-kurangnya suku hayat.

Dan aku terfikir, dalam tempoh sebegitu rupa, berapa banyak kerenah dunia yang telah selipar buruk itu saksikan. Ke mana langkahnya sang pengemis, ke situlah sang selipar menjengah.

Aku lihat diri sendiri. Dan aku termangu kembali.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now