Dewi-Dewi Yang Menangis di Penjuru

12 0 0
                                    

Lihat di penjuru bilikmu, dewi
Dan perhatikan di balik bayang-bayang itu
Ada sekujur tubuh yang teresak-esak perlahan
Sambil di tangannya mengelek sebuah buku nota berbalut rapi
Dan di sisinya terletak elok sepersalinan putih yang indah

Lihat pula di cermin gerobokmu, dewi
Dan khabarkan pada aku apa yang kau lihat
Semestinya, aku yakin yang kau akan melihat wajahmu sendiri
Namun, apakah kau sedar akan satu perkara
Bahawa wajah itu juga adalah milik tubuh di penjuru itu?

Sekarang, khabarkan pada aku, dewi
Tentang perkara-perkara yang telah kau campak di belakang
Kerana jiwa kau diikat kemas oleh mereka yang di keliling
Tiap-tiap satu buku nota berbalut yang terpaksa kau simpan di sudut
Atas sebab sepersalinan putih yang dihadiahkan tanpa rela

Usahlah menangis lagi di penjuru, dewi
Kerana sudut itu bukan satu tempat yang sesuai untuk kau
Meratap perkara-perkara yang ditinggal kerana jiwa yang diikat.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now