Langkah

5 0 0
                                    

Tiap-tiap langkah yang aku derapkan ke hadapan.

Kiri.
Kanan.
Kiri.
Kanan.

Aku hanya mampu melihat dari sisi tepi. Melihat diri sendiri yang bergerak mencipta pengalaman-pengalaman yang bagi aku sungguh asing. Ibaratnya, aku hanya bergerak dalam derapan yang kosong; derapan yang sebetulnya tidak mempunyai roh untuk aku banggakan.

Mungkin sahaja langkah ini telah jejak ke kota Roman; mungkin jua telah memijak marmar Aya Sofea. Atau, telah berjalan di tebingan Thames; berehat di gondola menyelusuri terusan Venice. Berpijak pada tapak bersejarah antara Safa dan Marwah; juga bertapak megah di hadapan tinggalan Angkor Wat.

Tetapi, hati dan jiwa ini tidak pernah mengembara bersama. Hanya tersekat di dalam tubuh yang memadang keliling dengan tiada keikhlasan. Mencerap panorama hanya kerana tubuh dan kaki yang jejak ke sana.

Bila mana nyawa itu hanya terpinjamkan sementara pada tubuh yang bergerak biasa tanpa tujuan, tiap perjalanan itu hanyalah pada kaki dan jasad; bukan pada akal dan fikiran. Lalu, bergembiralah kamu kerana tidak dapat apa-apa daripada perjalanan, walau beribu batu sekalipun.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now