La Tahzan

75 2 0
                                    

      White Doves // Kyla La Grange #np

      Sending tweet...

      Tweet sent!

Earphone diselitkan di balik hijab yang tersarung. Nada ditinggikan, lalu tenggelamlah seorang Zulaikha ke dalam alamnya sendiri. Alam di mana tiada yang boleh mengganggu, alam di mana dialah permaisuri, dialah maharani yang tiada ganti.

      So lonely when I can't slide
      You told me we were white doves
      So lonely when I can't slide
      You told me we were both lost

Kepalanya bergerak ke kiri dan kanan, mengikut rentak lagu kegemaran. Satu-satunya lagu di dalam playlist yang tidak pernah ditukar, meskipun lagu-lagu di dalam iPodnya seringkali bertukar ganti. Lagu inilah lagu ketika gembira, ketika sedih, ketika mamanya meninggal dunia dahulu...

Zulaikha membuka matanya perlahan, kelihatan ada titis jernih bermain di tubir matanya. Mamanya, mendiang Mei Ling. Mamanya yang pada suatu masa dahulu memperkenalkan lagu itu kepadanya. Lagu yang telah menjadi darah daging, sama seperti nyanyian lembut ibunya.

"Alice, ingat pesan mama. One day, when I die, remember what I taught you. You are a gifted child. Remember that."

"But mama, I don't want you to go."

"Mama tak cakap pun mama dah nak mati kan?"

Betul-betul seminggu sebelum mama menemui ajal, setelah terlibat di dalam kes penyalahgunaan dadah. Zulaikha masih ingat, ketika itu dia hilang tempat untuk bergantung. Umurnya baru mencecah 17 tahun ketika itu. Ayah? Zulaikha tidak pernah mempunyai seorang insan untuk digelar ayah.

So you coming down to the river
Where we both used to play
It don't make any difference
I'll take you anyway

Zulaikha dihantar ke rumah pakciknya, seorang Muslim. Dia dibesarkan dengan penuh kasih saying, dan dianggap seperti anak sendiri. Pakciknya tidak pernah memaksanya untuk memeluk agama Islam. Tetapi semakin lama dia bersama keluarga itu, semakin itu dia menyedari tentang betapa indahnya agama tersebut.

Dan dia memeluk agama Islam, bersaksikan pakciknya.

Tapi, ceritanya bukan di situ.

Ceritanya? Cerita tentang seorang isteri. Seorang isteri yang tak pernah lari dari tanggungjawab yang diberi. Seorang isteri yang merupakan bidadari dunia buat suami yang bertuah.

Seorang bidadari dunia bernama Zulaikha Humairah binti Abdullah.

**********

"Abang, bangun bang. Subuh." Gamit Zulaikha perlahan.

"Hmm,"

"Abang, bangun bang. Dah azan dah ni." Sekali lagi Zulaikha menggerakkan suaminya.

"Hmm."

Hish dia ni. Karang terlepas subuh karang baru tau. Gumam Zulaikha di dalam hati.

"Ehem. Bismillahirrahmanirrahim. Yaasin. Walquranilhaqeem," sengaja dikuatkan bacaan di telinga suaminya.

"Astaghfirullah! Ya Allah. Terkejut abang." Ujar suaminya sambil mengurut dada berulang kali.

"Tahu pun nak bangun. Dah pergi ambil wudu'. Solat subuh sama-sama ya?"

Zulaikha ketawa perlahan melihat gelagat suaminya yang menggugam sambil ke bilik air. Sambil menunggu suaminya bersiap, dia mencapai kitab yang tersedia di meja kecil di sisi katil.

"Maukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni syurga aitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha." (HR. An-Nasai)

Hadith kecil yang telah sekian lama menjadi pegangan kepadanya selaku seorang isteri. Air matanya mengalir membasahi pipi. "Aku telah berjanji pada Tuhan, aku tidak akan biarkan anak-anak aku kelak mengalami nasib yang sama seperti aku semasa kecil, insyaAllah." Katanya sambil menadah tangan ke langit.

Usai suaminya keluar daripada bilik air, mereka menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai memberi salam, Zulaikha mencapai tangan suaminya untuk disalami. Dicium erat tangan itu, dan ketika itu juga kenangan lama menjengah kembali benaknya. Air mata mengalir lagi.

"Humairah, kenapa ni sayang?" Tanya suaminya, terkejut dengan perubahan emosi isterinya.

"Tak ada apa-apa abang. Teringat zaman dulu je." Zulaikha berkata, mengelak dari pandangan suaminya.

Tanpa Zulaikha sedari, suamninya mencapai kitab yang diletakkan di tepi katil tadi, lalu mencari sesuatu di balik helaian-helaian lusuh itu.

"Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati." [Al-Maidah:7]

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya." -Hasan Al-Banna-

"La Tahzan. Innallaha Ma'ana. Jangan bersedih sayang." Kata suaminya lembut sambil mengusap rambut Zulaikha. "Allahu. Saya cuba abang. Tetapi ternyata ujian-Nya itu, terlalu berat untuk saya."

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." [2:286]

Zulaikha terdiam mendengar ayat-ayat yang dibacakan suaminya. Jauh di dalam jiwa, dia menyedari apa yang diperkatakan oleh suaminya itu betul, dan dia patut kembali pada jalan-Nya.

�����������

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now