Penulis

21 0 0
                                    

Setiap kali pena ini berhenti di atas lembaran kosong itu, aku pasti akan tertanya-tanya apakah hasil yang bakal terconteng apabila sesi aku yang sekali itu akan tamat. Aku juga seringkali tertanya-tanya, apakah penulisan aku kali ini bakal menjadi seperti yang dulu-dulu; tergolong dalam kalangan koleksi aku yang gagal, atau tergelincir masuk ke dalam portfolio terpilih, yang sehingga kini hanya mempunyai satu coretan pendek bertajuk Penulis.

Iya. Penulisan adalah sesuatu seni yang di tiap-tiap hujungnya ada pemberat yang membagikan ia pada dua kategori yang berbeza. Tulisan seorang Penulis; atau tulisan seorang Pemerhati. Bezanya mudah. Seorang Penulis hanya menulis dengan imaginasi dan akalnya; terbatas dengan apa yang diketahui semata. Seorang Pemerhati, tulisannya mengandungi ruh-ruh subjeknya; dan tiap-tiap tulisan yang terhasil itu mempunyai cebisan imej daripada apa yang diperhatikan -- apa yang dicatankan ke atas helaian dalam bentuk huruf-huruf. Di setiap lenggokan huruf A hingga Z itu, terselit cerita-cerita yang hanya dapat digarap dengan minda yang sama memerhati.

Namun, tiada salahnya untuk kau menjadi seorang Penulis. Kerana seorang Penulis kepada Pemerhati itu adalah seperti seorang Anak kepada Ayahnya; kerana imaginasi seorang Anak itulah yang akan membuka kembali minda Ayahnya untuk melihat dunia daripada perspektif berbeza; mentafsir keliling dengan akal kreatif yang kurang digunakan semasa menjadi seorang Pemerhati, yang mentakrif sekitar berdasarkan apa yang dilihat.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now