Maha Kuasa

5 1 0
                                    

Kadangkala
Tuhan menghantar pesan dengan cara yang menghairankan
Ditolak-timbal pemikiran sehingga lemas;
Atau dielus perlahan dengan ikatan kemas;
Atau juga disimpan dalam kotak yang keras.

Duduk diamlah di tepian menunggu gerimis
Kerana hujan tiris itu peringatannya tajam
Berceritalah dengan setiap turunnya titis
Kerna katanya mungkin sedalam-dalam
Campak jauh ingatan yang berhancing hamis
Buang jauh ke ruangan yang kelam

Tuhan itu cara penyampaiannya adalah pelik-pelik dan tidak dapat dijangka. Kerna Tuhan itu sendiri pada dasarnya adalah sesuatu yang omnipotent, kerna Dia adalah satu kuasa yang tidak ada gantinya. Justeru, rantaikan sahaja segala yang pernah kalian bayangkan tentang Dia, kerna Dia adalah sesuatu yang luar daripada pemikiran dangkal kita-kita yang hanya seperti unggas di bumi yang nyata.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now