Mimpi

26 1 0
                                    

Mimpi itu adalah satu cita-cita yang tiada penamatnya; kerna mimpi itu akan berulang-ulang tanpa kau sedari. Tiap-tiap masa hanya mampu diputar-pusing kembali kepada titik mula-nya, lalu cuba untuk dimainkan pada akhirnya bila sampai satu momen untuk kau terus kehadapan.

Tetapi, perlu kau kau ingat tentang harfiahnya mimpi itu -- ia hanyalah satu mimpi yang menjadi teman saat mata dilelap-kan pada malamnya. Tidak akan terjadi sama sekali melainkan ianya diasimilasikan kepada realiti (baca: kehidupan), yang semestinya sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi melainkan kau melakukan sesuatu untuk menjadikannya 'jadi'.

Dan, disitu adalah bidang yang aku paling gemari. Kerana aku adalah dalam kalangan mereka yang berjaya menjadikan mimpi aku sebahagian daripada realiti hidup. Aku adalah dalam kalangan mereka yang berhasil dalam menceritakan yang dahulunya mimpi itu kepada mereka-mereka yang mahu mendengar, tentang bagaimana suatu yang aku garapkan sebagai mimpi telah dijadikan realiti kini.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now