Teduhan Terakhir

19 1 0
                                    

Warkah terakhir ini, aku karangkan buat semua yang berkepentingan. Mereka mereka yang telah memberi teduhan selama kasih ini ditanggung di celahan bilah-bilah pisau yang berpusing tanpa henti; di mana tiap-tiap satunya tertancap dengan tulisan MATI, yang selama ini dapat aku teduhi daripada calar di lengan atas bantuan teduhan-teduhan dari mereka di sekeliling.

Namun, sudah tiba masa untuk bilah-bilah itu kembali menjenguk di sudut dinding, kerana teduhan yang dahulunya melindungi, kini telah hilang satu demi satu, sama ada direput masa, atau aku sendiri tanpa sengaja menggoyang dindingnya hingga roboh papan demi papan, laju jatuhlah ia mereput menyembah bumi. Ya. Kadangkala aku begitu cemerkap dengan tangan sendiri, meskipun tangan itulah yang cuba dilindungi oleh mereka-mereka yang meninjamkan teduhan untuk aku berlindung buat masa kini.

Dan, pada hari ini juga, teduhan terakhir telah jatuh menyembah bumi, kerana cemerkapnya tangan ini yang tanpa sedar telah meroboh-robekkan dinding yang dibina dengan sebegitu indah sebelum ini. Dinding yang dibina dengan penuh kasih sayang, di mana atapnya lah yang selama ini melindungi aku dari hujan dan panas, dan dindingnyalah yang melindungi aku dari bilah-bilah bertanda itu.

Sekian sudah kisah yang sedari dulu aku berjaya panjangkan aksaranya kerana adanya teduhan yang memberi aku perlindungan daripada bilah yang cuba merobek. Dan dengan runtuhnya teduhan terakhir itu, maka dengan ini, aku sudah kehabisan masa untuk terus menulis. Bilahan itu telah muncul kembali untuk menebus apa yang sering berjaya melarikan diri selama ini. Maka, sudah tiba masa untuk aku mempersiapkan diri.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now