Satu Masa Dulu

5 1 0
                                    

Sayang

Apa bisa kau izinkan aku untuk sekali lagi mengelus perlahan ubun-ubunmu, sambil engkau bercerita tentang hari kau, yang kau omelkan sebagai penuh cabaran, sambil aku hanya melihat dalam mata yang sedari dulu menangkap aku di dalam jaringan yang tidak akan lepas. Aku mahu mendengar tentang perkara-perkara yang seharusnya tidak aku ambil peduli, tetapi aku tidak mahu ketinggalan dalam mengetahui setiap saat hidup yang kau lalui.

Sayang

Apa bisa kau izinkan aku mengucup perlahan dahi kau sebelum kau masuk beradu seperti dahulu, sambil kau berbisik perlahan tentang bagaimana kau merindukan aku setelah seharian tidak bertemu, kerana kita punya halatuju yang berbeza sedari pagi hingga ke malam? Rangkul perlahan tubuh aku, sambil aku menyarungkan selimut kegemaran kau yang aku berikan kali pertama kita berjumpa dahulu; selimut yang masih punya aroma raksi yang ditinggalkan dari parfum kegemaran aku.

Sayang

Aku hanya mahu kau seperti dahulu. Yang sebelum tidurnya akan melihat dalam ke mata aku sambil memberitahu tentang perkara-perkara yang kau suka pada aku. Aku rindukan semua itu. Berikan aku masa untuk kembali menyatakan tentang rasa yang aku tidak reti mahu zahirkan sejak dulu. Rasa yang terlampau ego untuk aku beritahu.

AKU: Seorang Yang GagalWhere stories live. Discover now