Gamer: T (Part 1)

1.4K 121 3
                                    

Quinn Eden merenung kosong television di hadapannya. Mendengarkan suara ibu dan ayahnya sedang berbual di dapur membuatkan dia sedikit hilang rasa kesunyian yang menyelebungi dirinya semenjak berakhirnya perlawanan dunia  tahun lepas. Dia kini bersama ahli pasukannya yang lain sedang menjalankan rutin harian seperti biasa. Mereka juga dibenarkan untuk mengambil cuti dalam masa setahun selepas perlawanan dunia tersebut.

Latihan dihentikan buat masa ini kerana memberi peluang untuk para pemain bertenang. Namuj begitu, kebosanan melanda diri Eden setiap hari apabila hanya menghabiskan masa rehatnya itu dengan duduk di rumah. Sebebarnya, sudah lama dia tidak berhubung dengan ahli pasukannya selepas perlawanan dunia itu tamat.

Semenjak virus yang sedang berleluasa di seluruh dunia ini muncul, mereka semua tidak dibenarkan lagi untuk berkumpul di luar seperti dahulu. Hanya mampu bertemankan komputer di rumah masing-masing. Sukar bagi Eden untuk menerima hal itu kerana dia sendiri mempunyai tujuan tertentu untuk keluar.

Eden memejam rapat matanya dan badannya mula baring di atas sofa ruang tamu. Terasa lenguh badannya sejak malam tadi selepas menghabiskan madanya dengan bermain Last Blood Online iaitu Game yang menjadi kegilaan ramai ketika ini.

Baru sahaja ingin dibuai mimpi,

'Dritt Dritt'

Telefon pintar di atas meja berbunyi menandakan sebuah pesanan sampai.

Eden mencapai telefon pintar bewarna hijau lembut itu lalu melihat nama yang tertera di skrin.

'Luke'

Terukir senyumannya seketika melihatkan nama lelaki yang disayangi itu menghantar mesej kepadanya.

Luke: Buat apa?

Eden: Nak tido tadi.

Luke: Kacau ke?

Eden: Takdela.

Luke: Malam ni free?

Eden berfikir sejernak. Dia cuba mengingati jadualnya pada hari itu. Mengingatkan Assignment yang diberi pensyarah belum disiapkan membuatkan Eden serba salah untuk menjawab soalan daripada Luke tersebut.

Luke: Kalau busy takpe, sebab ingat nak ajak kau sekali join kiteorang dengan Shawn malam ni.

Eden: Shawn?

Luke: Dia ajak live streaming ramai-ramai. Main LBO(Last Blood Online)

Eden terkedu mendengar hal itu. Berdebar debar hatinya apabila mendengarkan bahawa Shawn dan yang lain turut serta pada malam itu. Makin dia merindui mereka semua ketika ini. Inilah peluang yang dia ada jika mahu berhubung kembali dengan ahli yang lain!

Dengan penuh teruja Eden menjawab

Eden: On!

Luke hanya tersenyum menerima persetujuan daripada Eden tersebut.

Eden serta merta merasakan kerja lain boleh dilakukan kemudian. Memang tidak patut diikuti namun dia tahu bahawa dia boleh menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah secepat yang mungkin. Bukannya sukar, pasal Game juga. Hendak pula hanya mengkaji tentang kelebihan dan keburukan mengenai PC dan Mobile. Perbezaan apakah yang dapat dinyatakan antara dua platform tersebut.




Pada malam itu, Eden membetulakan posisinya di atas kerusi lalu mencapai earphone di atas meja dan disarung dengan berhati-hati di kepalanya. Pc yang sudah dihidupkan membuatkan mata Eden mulai menyala-nyala. Rasa rindu pada mereka semua mulai membuak selepas dia mengambil cuti yang agak lama daripada berterusan dengan bermain permainan video.

Dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku selepas beberapa minggu dia tidak on game tersebut. Agaknya  masih sama atau tidak cara permainannya?

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now