Gamer: T (Part 3)

2K 148 19
                                    

Eden memerhati pemandangan di luar rumahnya. Serba salah menyelebungi dirinya.

Adakah semua yang terjadi ini kerana salah dirinya sendiri? Sebab dia tidak pandai menjaga ahli pasukannya?Adakah sebab perkara itu atau sebaliknya.

Kusut sekali otaknya memikirkan hal tersebut sehingga dia merasakan dirinya telah membebankan kumpulannya sendiri. Mengingatkan nada Bunny yang seperti memarahinya membuatkan Eden lagi bertambah musykil dengan perkara itu. Memang salah dia ke? Kerana sudah lama tidak memunculkan diri? Tapi takkan lah... dia cuma meluangkan masa cutinya dengan berehat seketika sebelum kembali ke dunia permainan video itu.


Luke menelefon nombor seseorang. Sambil menunggu panggilan dijawab, dia memandu laju keretanya ke tempat yang ingin dia ketemu orang tersebut.

"hello, kau dah sampai ke?"

Selepas mendapat kepastian, Luke terus memecut lagu keretanya ke sebuah restoren yang terletak di bandar.


Air kopi americano yang masih panas dihirup perlahan oleh Luke di sebuah kedai makan yang mewah itu. Dia duduk di satu sudut yang agak tersorok di dalam kedai makan tersebut.

Seorang lelaki berpakaian putih dan mengenakan seluar denim biru cair mengambil tempat di hadapan Luke. Luke hanya memandang ke arah orang yang ditunggu-tunggunya itu lalu meletakkan cawan kaca berisi air kopi itu secara perlahan di atas meja.

Bunny membetulkan rambutnya yang sedikit teralih di dahi kemudian dipandang wajah Luke di hadapan.

"Kenapa nak jumpa aku ni?" soal Bunny.

Luke terdiam beberapa saat sebelum menjawab "Pasal Leondre"

Bunny terkedu mendengar apa yang dikatakan oleh Luke. Namun dia sedaya upaya mengubah ekspresi wajahnya. Luke yang sudah tahu mengenai sesuatu hanya merenung serius wajah Bunny.

"Apa dah jadi sebenarnya? Dia okay tak?"  Soal Luke terus. Dia malas memanjangkan cerita. Dia lebih suka jika terus bincang je topik utama.

Bunny sendiri tidak tahu mahu menjawab apa namun dia hanya membalas "Aku tak tahu"

Luke mengeluh perlahan lalu disandarkan badannya di kerusi kedai. Mata Bunny direnung. Susah benar lelaki itu mahu menyatakan hal sebenar walaupun kenyataan yang lain sudah diketahui oleh Luke sendiri hasil dari siasatannya baru-baru ini. Sengaja dia mahu melihat riaksi Bunny dan jawapan yang diberikan.

"Takkan kau nak biarkan The Tyrants macam ni? Sampai bila?" Soal Luke.

"Kenapa kau panggil aku? panggil jela Eden untuk tanya pasal perkara ni, dia kan ketua kumpulan"

"Eden tak dapat nak jumpa kita sangat buat masa ni, kau pun faham kan"

Bunny hanya mampu mengganguk. Luke mengeluh seketika. Bunny seolah-olah tidak mahu berbual dengannya ketika ini. Mungkin kerana apa yang sedang jadi kepada salah seorang daripada ahli pasukan mereka.

Bunny hanya melayan telefonnya. Sementara itu sempat dia membuat pesanan minuman kepada pelayan yang baru menghampiri meja mereka. Setelah pelayan itu pergi, Luke memandang ke arah wajah Bunny yang tidak mengukirkan sebarang senyuman. z

"Aku nak kau jujur dengan aku..." Luke mula berhati-hati mengatur kata. Geram dia memendam lama perkara itu. Mahu ditanya secepat yang mungkin namun melihatkan Bunny yang seperti tidak mahu melayannya, makin dia bertambah sukar untuk mengajak lelaki itu berbual.

"Bunny"

"Apa" Bunny memandang malas.

"Kau tinggal dengan Leondre kan?" Soal Luke.

Bunny agak terkedu mendengar soalan itu. Luke hanya mengekalkan wajah biasanya.

"aku tahu, sebab aku pernah nampak Leondre dalam rumah kau" Ujar Luke.

"kau stalk aku ke apa"

Luke tergelak mendengar jawapan Bunny. Tiada masa dia mahu mengintip lelaki itu. Dia cuma terlihatkan Leondre di rumah Bunny ketika dia bercadang untuk berjumpa dengan Bunny tanpa pengetahuan Bunny ketika itu, namun dibatalkan niatnya apabila dia terlihat Leondre yang berada di luar rumah Bunny sedang termenung di pondok hadapan.

"Aku nak jumpa kau hari tu, tapi aku tak jadi sebab ternampak Leondre kat depan rumah kau" Jujur Luke.

Bunny mengeluh perlahan. Dia tidak dapat menyembunyikan apa-apa lagi. Rahsianya terbongkar begitu sahaja. Kalau ikutkan, Leondre memang tidak mahu dia memberitahu sesiapa mengenai hal itu, tapi apakan daya bila jadi begini, bagaimana dia mahu mengelak lagi?

Suasana di antara mereka sunyi seketika. Luke hanya menunggu jawapan jujur yang keluar dari mulut Bunny. Diketuk perlahan meja dengan jari jemarinya.

"Hmm" Bunny meletakkan telefonnya di tepi meja. Kepala yang tidak gatal digarunya seketika. Bagaimana ya dia mahu memulakan cerita?

"Ya, dia memang tinggal dengan aku lepas perlawanan dunia tu... Dia sekarang macam tak terurus. Asyik nak melenting, sekejap nak mengamuk. Aku pun tak faham lah. Aku dah banyak kali nasihat dia tapi dia tak nak dengar  kata aku." Bunny memulakan cerita. Luke hanya mendengar dengan teliti.

"Sejak bila dia berubah macam tu?"

"Sejak... Dia lawan dengan HeKar" Balas Bunny.

Luke terdiam beberapa saat apabila mendengar nama kumpulan itu.

HeKar huh? Setahunya kumpulan itu okay sahaja, antara kumpulan yang terkuat abad ni, nak kata dari segi sikap mereka... Semasa Luke menjumpai mereka baru-baru ini, mereka semua kelihatan baik je.

"Kau tahu ke apa jadi masa perlawanan tu?" Soal Luke lagi.

Bunny mengeleng. Dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi ketika itu. Leondre menyertai kumpulan lain ketika perlawanan itu, tetapi tidak pula diketahui oleh Bunny dan Eden. Mereka hanya tahu berita mengenai HeKar mengalahkan Leondre sahaja. Itu sahaja yang mereka terima selepas perlawanan itu tamat.

"Hmm pelik. Team dia masatu okay ke?"

Bunny terdiam beberapa saat memikirkan siapa yang sepasukan dengan Leondre.

"Setahu aku, budak-budak junior Gamer Academy, okay je diorang" Balas Bunny.

Luke sudah buntu. Apa sebenarnya yang terjadi? Adakah dia perlu bertanya dengan Justin sendiri? Kerana Justin adalah salah satu ahli pasukan HeKar.

"kau rasa sebab siapa?"

Bunny mengangkat bahu. Dia tiada jawapan buat masa ni. Tetapi apa yang menghairankan, Leondre jarang lemah begitu.

"Benda ni kena selesaikan cepat, aku risau The Tyrants tak lama je" kata Luke perlahan. Bunny hanya mendiamkan dirinya mendengar perkara itu. Melihatkan keadaan sekarang, memang boleh menyebabkan nama The Tyrants bakal jatuh.





"Macam ni lah, aku nak jumpa Leondre kat rumah kau, aku kumpulkan yang lain sekali kat sana, kita bincang passl perkara ni elok-elok dengan dia." Luke mengambil keputusan itu. Dia tidak mahu benda itu berterusan. Kasihan dengan Eden, Eden dipersalahkan tanpa sebab sedangkan orang lain yang membuat masalah. Memang sukar untuk  mengendali sebuah pasukan, nak pula pasukan yang namanya sudah besar begini, bertambah tertekan gadis itu.

"Kau pasti ke?" Soal Bunny.

Luke mengangguk.

Bunny merenung mata Luke.

"Kalau tu yang terbaik, aku okay je."

Luke tersenyum mendengar jawapan Bunny.

Bersambung...





GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now